Monday, February 1, 2010

Selamat Pulang dari Mukhayyam Tarbawi LKD Siri 2

Assalamualaikum wmt wbth.

Saya ingin memanjatkan kesyukuran ke Hadrat Ilahi kerana program yang diatur bagi menjayakan Mukhayyam Tarbawi LKD Siri 2 telah selamat dijalankan tanpa sebarang kesulitan besar atau sebarang ujian yang tidak diingini. Semua ini adalah dari Rahmat dan Kasih Sayang Allah SWT dan semoga kita semua memanjatkan kesyukuran yang berterusan.

Bagi Pengarah LKD saya amat perihatin akan keselamatan semua peserta. Dan saya kerap mengingatkan kepada Ust Nizam Pengarah Mukhayyam agar sentiasa memantau dan memastikan semua aktiviti berjalan dengan sejahtera. Maklumlah kita mengadakannya di kawasan hutan. Jangan tak tau sewaktu Ust Haris Bain Pengarah Eksekutif WAMY ketika memasuki kawasan perkemahan Lata Celak pada tengah malam tersebut terserempak dengan seekor babi hutan yang sesat agaknya. Apa yang pasti semua ibu bapa tetap merasa risau akan keadaan saudara-saudari semua dan kami memang mengambil semua langkah kesejahteraan termasuk mengambil Takaful bagi semua peserta.

Kita semua amat tersentuh dengan ucapan Ybhg Ust Haris dan amat menghargai cadangan dan buah fikiran beliau bagi melahirkan Qiyadah Mustaqbal atau Pemimpin ummah masa hadapan. Serta kesanggupan WAMY untuk menaja program LKD akan datang.

Mudah-mudahan, ilmu yang dipelajari, kesedaran yang diterima, ukhuwwah yang dibina dan amalan soleh kita teruskan dan tingkatkan. Pihak kami sebenarnya memantau semua tugasan yang diberikan dan membuat penilaian peribadi dan sikap semua peserta. Adalah diharapkan semua peserta terus meningkatkan amalan fardhi, amalan sunnah, tilawah dan wajibat yang dituntut kita lakukan. Tunjukkan kepada kedua ibu bapa kita dan ahli keluarga bahawa kita adalah peribadi-peribadi Muslim yang prihatin dan menjaga hubungan yang baik dan menyenangkan hati kedua ibu bapa kita. Keredhaan mereka adalah jalan kepada keredhaan Allah SWT.

InsyaAllah bertemu lagi kita di LKD Siri 3 di Lembah Kelang insyaAllah. Jika diizinkan Allah kita akan mengadakannya di Masjid Besar KLIA.  Amin Ya Rabbal Alamin.

InsyaAllah gambar-gambar Mukhayam Tarbawi LKD Siri 2 akan kita kongsikan kepada anda semua dan ibu bapa sekalian.

Pengarah LKD

No comments:

Post a Comment