Wednesday, July 22, 2015

Sekilas Tentang Gathering KDM (Ikhwah)

Allahu Bismik.




Pada 10 (Jumaat) dan 11 (Sabtu) haribulan Julai yang lepas, pihak ikhwah telah mengadakan Gathering KDM antara ikhwah sahaja, terbuka kepada semua Jil/Generasi, iaitu daripada Jil 1 hinggalah Jil 6.

Program ini telah dirancang rapi selama lebih kurang dua bulan tempohnya. Dibawah naungan pengarah yang berwibawa, Akhuna Syafiq Akram, serta dibantu oleh JK-JK yang lain agar program berjalan dengan lancar dan sistematik.

Untuk bilangan ikhwah yang hadir, boleh dihitung dengan jari. Ada yang hadir separuh hari, ada yang hadir sepenuhnya program, maka bilangan ikhwah yang hadir adalah tidak tetap.

Secara puratanya = 15 orang

dan bertempat di Pejabat IKRAM Wilayah Persekutuan.


Aktiviti-aktiviti yang dijalankan:


Tadabbur & Ta'aruf




Pada mulanya, hanya beberapa sahaja yang hadir. Program ini dimulakan dengan menyediakan pejabat untuk menyambut ikhwah, seterusnya majlis dimulakan dengan sedikit ta'aruf dan sesi perkongsian medan amal masing-masing.

Setelah selesai solat asr, bermulanya sesi mentadabbur ayat-ayat chenta daripada Allah, iaitu sekitar ayat-ayat yang bercerita tentang Ramadhan dan penurunan Al-Quran. Dan waktu itu, bilangan ikhwah meningkat mencecah belasan.

Setelah itu, diadakan pula sesi untuk berta'aruf ringkas antara satu sama lain. Waktu itu semuanya senyum dan malu-malu kucing.



 Ifthor & Solat Maghrib




Sesi ta'aruf dengan lebih mendalam diteruskan lagi sehinggalah tiba waktu untuk berbuka puasa. Pada mulanya dianggarkan bilangan ikhwah yang akan hadir adalah seramai 50 orang, jadi JK Makanan telah memesan 50 set makanan. 

Namun, hanya belasan sahaja yang hadir, jadi makanan yang lebih dibawa kepada moreh dan sahur, serta diberikan kepada qariah masjid Mu'az bin Jabbal.

Dimulakan ifthor dengan makanan ringan, kemudian solat Maghrib berjemaah di pejabat IKRAM. Setelah itu, barulah menjamu makanan berat yang sangat lazat!



Tarawih & Tazkirah

Setelah selesai berbuka dan berkhidmat diri, ikhwah mula bergerak ke Masjid Mu'az bin Jabbal dan solat Isya' serta tarawih lapan rakaat berjemaah di sana. 



Alhamdulillah. 

Selesainya solat Isya' dan Tarawih, ikhwah dihidangkan dengan slot tazkirah style forum yang dikupas lain daripada yang lain, serta memberi tusukan di hati untuk beramal dan tidak bermalasan. 

Tajuk tazkirah: Ramadhan dan Kader Da'wah

Penyampai: Ustaz Mazrul

Beliau mengupas topik itu dengan penuh berilmu dan fikirannya yang luar daripada kotak.

Antara point menarik yang dibahaskan adalah:

***
Bulan Ramadhan ada aktiviti-aktiviti tarbiyah yang telah disusun oleh Allah seperti itikaf di masjid, bertadarus AlQuran dan bersedaqah. Kita sebagai pendakwah, jika hendak menyusun sesuatu program atau aturcara, hendaklah mengikut aktiviti-aktiviti Ramadhaniyyah tersebut. 

Pada 10 malam yang terakhir, sepatutnya itikaf dan lailatul qadr itu yang diburu. Jangan terlalu asyik berusrah, pum pang pum pang cerita tentang islam tapi tahajjud ditinggallkan, AlQuran diabaikan. 
Ayuh kita refleksi diri. 
***



Sahur & Subuh

Lebih kurang pukul 4, ikhwah menggagahkan diri untuk bangun, menghiasi malam dengan solat sunat, bertilawah dan mengingati Allah.

Kemudian mengambil sahur di masjid, iaitu makanan-makanan yang lebih yang dipesan oleh JK Makanan program. Orang lain juga turut mengambilnya. Moga ada sahamnya di situ.

Mendirikan solat subuh berjemaah, kemudian pulang semula ke pejabat untuk sesi muhasabah yang penuh khusyu' serta khidmat diri.

'Ala kulli haal,
Alhamdulillah.