Monday, February 22, 2010

LKD Siri 3 Makluman

1. Semua peserta perlu berada di Dewan Latihan yg ditetapkan  selewat-lrwatnya jam 5 pm atau sebaik-baiknya Solat Asar pada 26 hb Feb 2010. Bagi peserta yang jauh dan ingin berada lebih awal sila maklumkan Akh Abd Rashid atau Amin. Program akan tamat tgh 28 Feb 2010. sekitar jam 2 pm. Tempat di maklum menerusi sms ketua pasukan masing-masing.

2. Bayaran khidmat diri ialah RM60.00 bagi menampung kos makanan, minuman, penginapan dan honoririum. Jika ada masalah sila maklumkan Naqib di kawasan masing-masing.

3. Sila bawa seluar track untuk senaman pagi. Juga sleeping bag jika anda biasa memerlukannya. Dan jangan lupa Mashaf Al-Quran untuk kita tadarrus.


Sekian
Pengarah LKD.







Kunu Ubbadan qabla an takuuna Quwwadan

Kuunu Ubbadan qabla an takuna Quwwadan - Imam Hassan Al Banna
Jadilah kamu semua abid yang sebenar-benarnya (Hamba Allah) sebelum kamu menjadi pemimpin atau diberikan amanah kepimpinan. Kata-kata hikmah beliau ini adalah kata-kata yang tinggi maknanya. Beliau mahu memberikan penekanan dan peringatan yang jelas agar anggota Ikhwan Muslimun waktu itu memberi penekanan yang besar kepada aspek menjadi hamba Allah yang sebenar-benarnya. Menjadi 'abid dalam pengertian yang menyeluruh. Menjadi abid dalam aqidah, tasawwur aqliyyah, sudut pandang hidup yang benar, ruh yang hidup dan berhubung dengan langit, perasaan yang sensitif terhadap ajaran Islam dan kewajipannya, suluk peribadi dan haraki. Hanya dengan kesempurnaan (shamilah) dan kesimbangan (tawazun) barulah akh ini akan layak untuk memikul bebanan dakwah sedikit demi sedikit, dari satu marhalah kepada satu marhalah, dari satu kewajipan hingga kewajipan yang lebih berat hinggalah ia layak untuk menjadi pemimpin ummah.

Inilah yang saya maksudkan persediaan dan pembinaan. Pembinaan saudara pendakwah adalah pembinaan khusus. Bagi masyarakat umum ada tarbiyyahya. Ceramah umum, tazkirah yg dapat mengingatkan mereka akan tanggung jawab seorang Muslim. Bagi mereka yang sedang di bina (takwin) ada manhajnya dan wasilahnya. Oleh itu wahai saudaraku persiapkanlah dan binalah peribadi anda dengan tarbiyyah yang sempurna. Bermula dengan tarbiyyah peribadi, tarbiyyah jamaiyah dan tarbiyyah dzatiah (yg telah kita fahami).

Pembinaan hampir lah sama dengan proses membina sebuah batu bata. Tanah liat diletakkan dalam sibghah (bentuk) dan kemudiannya di panaskan dalam suhu yang sangat tinggi. Jika batu bata ini tidak dibuat dengan betul atau prosesnya salah maka batu bata yang keluar dari tempat pembakaran akan terbahagi 3 jenis. Satu pecah. Kedua retak. Dan ketiga kukuh dan cantik untuk di buat binaan.

Pada hakikatnya membina seorang fardi Muslim adalah lebih sukar dan mengambil masa yang sangat lama. Manusia amat unik dan ada perasaan serta akal fikiran. Ada jiwa dan kecenderungan. Boleh berubah bila-bila masa. Sebab itulah pentarbiyahan itu amat penting dalam amal Islami.

Sebab itulah satu Surah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.aw iaitu Surah Al-Muddathir (1-7) memberi metod bagaimana proses pembinaan ini berlaku. Ianya adalah surah-surah yang awal di Makkiah. Persediaan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Rasul yang akan memikul bebanan yang amat berat sekali.  Surah ini berkaitan pembinaan jiwa yang kuat. Pembersihan jiwa dan zahir para pendakwah. Menjauhi segala kelalaian dan kejahatan. Melawan hawa nafsu supaya ikhlas dengan tidak mengharap apa-apa upah kecuali dari Allah SWT. Serta persediaan ke arah kesabaran yang sempurna dan teguh apabila menanggung segala ujian, musibah, dugaan, fitnah dan tantangan dari kaumnya.
Cuba fahami Surah ini;-

1. Wahai orang Yang berselimut!
2. bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).
3. dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!
4. dan pakaianmu, maka hendaklah Engkau bersihkan.
5. dan Segala kejahatan, maka hendaklah Engkau jauhi.
6. dan janganlah Engkau memberi (sesuatu, Dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya.
7. dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah Engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!
(Al-Muddathir 1-7) 


Ibrah dan pengajaran dari Surah ini walaupun dituju kepada Nabi Muhammad adalah juga untuk kita semua. "Al-Ibrah bi umumil Lafzi La bi khususi as sabab". Ibrah dengan umum lafaz bukan dengan sebab khusus turunnnya ayat.


Oleh itu wahai saudara ku marilah kita perkukuhkan peribadi kita dengan iman yang kuat. Ingatlah akan hadith Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a Hadith Hassan Gharib di dalam Kitab Ibnu Rejab " Min husni Islam al-mar'i tarkuhu ma la yakni hi". Daripada kebaikan Islam seorang lelaki ialah dia meninggalkan apa yang tidak berfaedah bagi dirinya". Ada riwayat lain dengan erti seumpamanya.


Salah satu cara kita membina peribadi kita al akh Muslim ialah menjauhi lagha, kelalaian, urusan yang tidak ada kena mengena, membazir waktu, cuai dalam ibadah, sehingga kita memberi seluruh fokus kepada kebaikan dan kebajikan untuk diri, keluarga dan masyarakat. Itulah panduan dari Nabi kita yang mulia,


Moga kita semua menasihati diri kita semua termasuk saya. Amin


Pengarah LKD

Thursday, February 18, 2010

Fikrah Ikhwan Muslimun merangkumi semua pengertian Islah

Assalamualaikum wmt.wbth
Baru-baru saya menerima satu aduan akan masalah yang dihadapi oleh salah seorang sahabat kita berkaitan dengan isu Tariqat. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menerangkan akan hakikat dakwah kita. Adakah kita menerima konsep tariqah. Bilakah tariqah ini bermula. Adakah kita pentingkan aspek penyucian kalbu dan jiwa. Bukankah masalah umat atau manusia bermula di hati. Bukankah hati ini raja. Baiklah hati maka baiklah seluruh anggota tubuh (Hadith).
Dakwah Islamiyyah yang dibawa oleh Baginda Ar-Rasul s.a.w ialah  contoh paling tepat,paling tulin, paling benar berasaskan manhaj Qurani yang suci. Penterjemahan Islam dapat dilihat kepada Seerah Nabi yang mulia dan hanif. Tiada campuran sebaliknya dakwah yang dibimbing oleh Wahyu Ilahi. Dibetulkan dan ditegur oleh Allah SWT dalam banyak peristiwa walaupun isu-isu yang melibatkan di dalam rumahtangga Nabi yang Mulia.
Berlalunya masa, dari satu Khalifah kepada satu Khalifah. Dari Sebuah kerajaan Islam kepada kerajaan Islam, hakikat Islam yang suci, pendekatan dan pentarbiyahan mula dicemari oleh syubahat yang bukan dari Islam yang benar bahkan dicemari budaya, adat dan amalan-amalan lain yang bukan dari Islam. Ketika mana Raja-Raja memerintah kerajaan Islam secara yang menyimpang, ulamak menyendiri dan menjauhkan diri dari kerajaan menimbulkan suasana kehidupan yang jauh dari penghayatan Islam yang diharapkan. Ketika ini munculnya Sheikh-sheikh yang membimbing murid-murid yang ingin menuju Allah SWT. Munculnya berbagai tariqah mengikut disiplin yang ditetapkan oleh Para Sheikh mereka. Ada yang bertepatan dan menepati syarak dan ada juga yang jauh dan tergelincir dan murid-muridnya amat taasub kepada sheikh mereka, bertawasul dengan nama sheikh mereka, memuja dan memuliakan kubur-kubur mereka.  Kemunculan tariqah dengan maksud yang mulia muncul sewaktu kelemahan umat dan kelesuan kerajaan Islam dan serangan penjajah dan musuh Islam menyumbang kepada suasana yang tidak menentu.
Dalam konteks  inilah yang telah dihadapi oleh Ustaz Hassan Al-Banna di Mesir pada awal 20 an. Mesir ketika itu sedang dijajah oleh Inggeris dan King Fuad yang lemah dan tidak bermaya dan leka dengan kekayaannya sedang umat sedang menderita kemiskinan dan penjajahan. Di Mesir tika itu muncul pelbagai tariqah dan Ustaz A-Banna sendiri pernah mengikuti satu kumpulan Tariqah sewaktu beliau menjadi pelajar dan gurunya sering mengadakan majlis zikrul maut di dalam lubang kubur. Pada asasnya beliau tidak menolak konsep atau jalan Tariqah secara umumnya namun beliau menolak bentuk dan amalan yang tiada nas atau hujjah. Sikap taasub kepada Sheikh secara melulu, atau mentaqdiskan (mensucikan) atau amalan-amalan yang boleh dianggap khurafat cuba dijauhi atau dinyatakan tidak persetujuannya. Bahkan pernah beliau berbincang dengan seorang Sheikh Tariqah yang muda sambil meletakkan serban dan songkok beliau sambil mengajak beliau brsama-sama berfikir bagi umat dan memikir jalan-jalan bagi pengislahan.
Bahkan jika kita menganalisa amalan Ikhwan Muslimun yang mengadakan zikir mathurat adalah sebahagian dari amalan tariqah akan tetapi beliau memilih zikir-zikir dari Al-Quran dan Hadith Nabawi yang sahih sebagai wasilah menghidupkan dan mendisiplinkan para Ikhwan dengan zikir yang menghidupkan hati dan kalbu. Bahkan untuk menghabiskan Mathurat Kubra akan mengambil masa 30 minit ke satu jam.
Yang Mulia Almarhum UstaZ Dr Said Hawwa, Tokoh IM Syria dalam satu bukunya Durus Fi amal Al-Islami 1 dan 2 menulis pandangan beliau terhadap tariqah. Bagi beliau seseorang Ikhwan boleh memilih untuk mengikuti tariqah selagi mana amalan-amalan yang dilakukan itu tidak keluar dari batas syarak atau termasuk amalan bid'ah. Namun dia mesti mendisiplinkan dirinya dengan amalan-amalan yang ditetapkan oleh tarbiyyah Jamaah. Kunci kepada isu ini ialah selagi mana amalan atau perbuatan tariqah yang diikutinya masih dalam lingkungan syarak, tidak bid'ah dan meninggalkan kewajipan amal Islami, jihad yang diwajibkan dan peranannya dalam masyarakat dan dakwah itu terpulanglah kepada peribadi tersebut. namun sikap taasub dan perpecahan antara umat, sikap menyendiri dan berkhalwah hingga mengabaikan amar makruf dan nahi mungkar dan jihad yang diwajibkan maka ianya adalah dilarang.
Sebab itu Imam Al-Banna menjadikan mustawa al-akh di dalam "Tanfiz" sebagai " Sufi tulin di sudut ibadah dan Jundi tulin di sudut amal" (Sufi bahtah fil ibadah wa jundiah bahtah fil amal".
Kesimpulannya Imam Al-Banna mentakrifkan dakwahnya salah satunya ialah " Tariqah Sunniah" sebagai ciri-cirinya dengan ertikata Jalan KeNabian bersumberkan Hadith Yang Sahih dan mulia. Itulah jalan kita
  a. Dakwah Salafiyah – Dakwah Salafi
  b. Tariqah Sunniah – Jalan Sunnah
  c. Haqiqah Suffiah – Hakikat Kesufian
  d. Hai’ah Siyasiyyah – badan Siyasah
  e. Jamaah Riadiyyah – pasukan Sukan
  f.  Robitah Ilmiyyah Wathaqafiyyah –Ikatan Ilmu dan Peradaban
   g. As-Syirkah Iqtisodiyyah – Syarikat Perniagaan
  h. Fikrah Ijtimaiyyah – Pemikiran Kemasyarakatan
   (rujukan: Muktamar Ke-5 Ikhwanul Muslimun - Muktamar Khomis)

Pengarah LKD

Tuesday, February 16, 2010

Jangan marahkan kegelapan..Tapi jadilah lampu yang menerangi

Assalamualaikum wmt wbrkth

Pepatah di atas tidak tahu sumbernya yang asal namun ada Pemimpin Haraki yang menggunakannya dalam taujihat mereka. Ada yang mengatakan ianya dari Pepatah Arab. Ada yang mengatakan dari tokoh-tokoh ilmuan Timur dsbnya. Meskipun dari mana datangnya pepatah ini sebagai seorang Muslim kita mengambil hikmah yang baik walau dari mana datangnya. " Alhikmah dollatun mukmin aina wajada fahuwa ahaqqu biha..(hadith). Hikmah itu adalah barang yang hilang dari orang Mukmin, di mana sahaja dijumpainya maka ianya lebih berhak".

Apa hikmah nya pepatah ini. Pada pandangan saya pepatah ini bermaksud supaya Para Pendakwah jangan hanya pandai memarahi orang lain terhadap berbagai kelemahan dalam masyarakat. Kerapkali sebagai manusia kita lebih suka menuding jari akan kelemahan berbagai pihak. Sedangkan sikap yang lebih benar dan lebih baik ialah kita menjadi penyelesai atau penunjuk jalan kepada masalah yang berlaku. Seseorang yang sedang seronok melakukan aktiviti di malam hari tiba-tiba lampu terpadam. Adakah bijak beliau memarahi kegelapan tersebut ataukah dia pergi mencari lilin untuk menerangi kegelapan malam tersebut.  

Dalam konteks masyarakat hari ini kita melihat di sana sini kita melihat kelemahan, kelalaian, kerosakan akhlak, kerendahan moral, salah laku remaja, kehancuran rumah tangga, rasuah dan ketidakadilan sosial. Jesteru adakah tugas para pendakwah itu hanya memarahi kelemahan-kelemahan ini, mengulas segala kesilapan, menuduh pihak tertentu dan memarahi semua orang. Sebaliknya pilihan yang lebih aula, lebih bijak, lebih mengikut sunnah Nabi yang mulia ialah dengan menjadi lilin yang akan menerangi umat. Para Pendakwah lah yang akan mengemukakan solusi dan jalan penyelesaian. Beliau lah yang akan menawarkan diri untuk memimpin perubahan. 

Itulah sejarah Islam yang indah telah bercerita. Ar Rasul s.a.w jauh sekali dari membebel memarahi ummat nya sebaliknya Dia bangun dengan berani dan iman yang teguh sebaik sahaja menerima wahyu dari Allah SWT " Wahai orang yang berselimut, Bangun dan berilah peringatan!! (Al-Muddatsir). Itulah contoh teladan buat kita. jangan marahkan kegelapan.. Tapi jadilah lilin yang menerangi... 

Pengarah LKD

Saturday, February 13, 2010

Imam Hassan Al-Banna; Tokoh Gerakan Islam yang syahid


Gerakan Islam Ikhwanul Muslimun diasaskan oleh Imam Hassan Al-Banna (lahir 1906, Buhairah, Mesir) bersama 6 sahabatnya pada Mac 1928 atau pada bulan Dzulkaedah 1347H di Ismailiyyah. Pada waktu itu Egypt sedang dijajah oleh Inggeris dan empat tahun selepas kejatuhan Khilafah Utsmaniyyah di Turki pada tahun 1924. Suasana Mesir ketika itu penuh dengan berbagai peristiwa antara kelemahan umat, kemiskinan ekonomi, kelesuan ulamak dan munculnya aliran Tariqah Sufi yang hanya mementingkan kesucian jiwa dan melupakan penindasan yang berlaku ke atas umat Mesir dan dunia Islam amnya.

Menubuhkan kumpulan ini selepas takrif dan tanbih. Berkembang ke Kaherah, Palestin (1936), Syria (1930), Sudan, Yemen, Iraq…

Pada tahun 1948, sebanyak 2000 cawangan (syukbah) dengan 500,000 ahli seluruh Mesir

Imam Al-Banna pernah melawat 21 buah pekan/kampung dalam masa 7 hari dengan menaiki tren dan keretapi kelas 3 sahaja. Beliau amat mengasihi umat dan mencintai mereka dan kerapkali bersalaman dengan setiap orang yang dijumpai dan mengingati nama-nama mereka. Beliau masih tetap bangun malam meskipun telah habis berceramah dan bertemu orang ramai. Sehabis ber jaulah dia akan sampai pada waktu subuh dan kemudiannya masuk ke sekolahnya dan mengajar tepat pada masanya.

Pada setiap minggu beliau kerap melakukan katibah bersama pengikutnya. Dan mereka bangun bertahajjud, membaca Al-Quran dan hanya tidur di atas tanah sebagai latihan kesukaran.

Pada setiap hari Selasa pula beliau mengadakan taujihat yang lebih dikenali sebagai 'Hadith As-Thulasa'". Di sini beliau menasihati orang ramai makna-makna dan hakikat agama yang menyentuh hati-hati mereka dan memberi petunjuk kepada jalan yang bersih berasaskan Kitabullah dan Sunnah RasulNya.

Sikapnya yang tegas dan jelas terhadap Isu Palestin dan keberanian beliau mengirim para pejuang Ikhwan ke medan jihad di Palestin mengundang musuh dunia barat dan Israel. Satu contoh dari keberanian murid beliau dan Muraqib Am Ikwan Muslimin di Syria yang pertama, Dr Mustaffa As Sibai dalam jihad di Palestin ialah seperti berikut. Ketika waktu malam di Palestin, kelihatan satu kelompok mujahidin datang membantu para sukarelawan Palestin. Ketika mereka sedar yang hadir membantu mereka ialah Ustaz Dr Mustafa Sibaie, mereka meminta agar Ustaz Mustafa berlindung di balik dinding batu. Namun apakah ungkapan Ustaz Mustafa? " Aku kemari bukan untuk berlindung di baling tembok, akan tetapi aku kemari bagi mendapat kesyahidan!". Itu lah kualiti murid-murid Imam Hassan Al-Banna.


Beliau syahid pada 12 Feb 1949 oleh peluru yang penjenayah yang tidak dikenali. di hadapan Pejabat Syubbanul Muslimin. Tubuhnya yang luka parah dibiarkan sahaja oleh para Dr atas perintah pihak keselamatan Mesir hinggalah beliau syahid. Kesyahidannya ditangisi jutaan muslimin seluruh dunia dan hilanglah umat akan mutiara paling berharga dalam sejarah dunia Islam moden.

Satu ungkapan beliau yang masih ku hafaz.." Kuunu maannas kal syajar, yarmunahu bil hajar wayarmihim bis thamar au bithimar". "Jadi lah kamu seperti sepohon pokok yang rendang lagi berbuah. Orang melempar dengan batu, namun pokok itu memulangkannnya dengan buah-buahan" . Itulah sikap Para Pendakwah. Selalu disakiti hati dan perasaaanya dengan ucapan dan tindakan.

Namun Para Dai sangat bersabar dan meskipun ditohmah atau disakiti dia sering memulangkan sikap dan pendirian yang mulia dan tegar. Bersikap baik dan terus memberi kebaikan buat umatnya. Seringkali pula dia mencontohi Nabinya yang berdoa di tengah luka-luka di tubuhnya yang suci ' Allhumahdi qaumi fainnahum la yaklamun." Wahai Tuhanku, berilah petunjuk buat kaumku, sesungguhnya mereka adalah disebabkan mereka tidak mengetahui akan kebenaran".

Pengarah LKD

Pemakluman Lokasi LKD Siri 3

Program Latihan Kader Duat Siri 3 tetap akan diadakan pada 26 hingga 28 Feb 2010. Namun lokasi awal di Masjid KLIA terpaksa diubah kerana masalah tempahan. InsyaAllah lokasi masih di sekitar lembah Kelang.
Notis tempat akan dimaklum apabila telah disahkan. Maaf kepada semua.


Pengarah LKD.

Thursday, February 11, 2010

Saudi Arabia bans Valentine’s Day

In Saudi Arabia, this Sunday is Valen-ban Day. Religious cops from the Commission for the Promotion of Virtue and Prevention of Vice are cracking down on stores selling red roses, heart-shaped products or red gift wraps, confiscating all symbols of love, and destroying them. "Those who don't comply will be punished," they warned in ads placed in newspapers. "As Muslims, we shouldn't celebrate a non-Muslim celebration, especially this one that encourages immoral relations between unmarried men and women," Sheikh Khaled Al-Dossari, a scholar in Islamic studies, told the Saudi Gazette. "I think what they are doing is ridiculous," said the writer of a local blog called Saudi Jeans. "What the conservatives in this country need to learn is something called 'tolerance.'" NY daily news

Wednesday, February 10, 2010

Hassan Al-Banna .. Pejuang dan Manhaj

Risalah Mursyid

22 Safar 1431 H / 8 Feb 2010
Oleh: Al-Ikhwan.net
Taujih dari : DR. Muhammad Badi, Mursyid Am Ikhwanul Muslimin, 04-02-2010
Penerjemah: Abu ANaS

hasan Al-Banna
Segala puji bagi Allah, Shalawat dan salam atas Rasulullah saw, dan orang-orang yang mendukungnya
Allah SWT berfirman:
مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُمْ مَنْ قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُمْ مَنْ يَنْتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلاً
“Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; Maka di antara mereka ada yang gugur. dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya)”. (Al-Ahzab:23)

وَلا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ
“Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup[248] disisi Tuhannya dengan mendapat rezki”. (Al Imran: 169).

Kami ingin menghadirkan peringatan hari syahidnya Hasan Al-Banna, 12 Pebruari tahun 1961, yang kita menyadari bahwa Hasan Al-Banna telah pergi untuk menghadap Tuhannya dengan penuh keridhaan dan diridhai; banyak peluru telah menembus tubuhnya yang selalu menghabiskan waktu malamnya dengan bersujud dihadapan Allah, dan pada siang harinya berjuang di jalan Allah menyusuri pelosok daerah dan kota di Mesir, dari ujung hingga ujung lainnya, namun semangat, manhaj dan pembangunan yang beliau tegakkan tetap membara, dan seiring dengan berjalannya waktu kekokohan dan peraturan kian terus bertambah dan meningkat, Imam Syahid Hasan Al-Banna telah memberikan darahnya yang suci dan bersih sebagai  martir dan bahan bakar yang tidak akan pernah putus, namun terus melahirkan para syuhada dan air mata para sajidin (ahli sujud) dihadapan Allah SWT, ketegaran orang-orang yang disiksa di penjara, dan doa jutaan tahanan dan keluarga mereka kepada Allah, Tuhan semesta alam, dan keteguhan orang-orang yang mengorbankan hartanya yang berharga dan jiwanya yang mahal di jalan Allah dalam mempertahankan aqidah, fikrah dan manhaj mereka untuk menggapai ridha Allah, Tuhan semesta alam; karena Allah adalah tujuan mereka, Rasul adalah teladan mereka, jihad adalah jalan mereka, syariat adalah manhaj mereka, dan kematian di jalan Allah adalah cita-cita tertinggi mereka, mereka jujur kepada Allah dan Allah menerima kejujuran mereka.

Beliau memiliki nama yang bernasib baik; beliau telah meletakkan bangunan besar dan menjulang tinggi, menghirup kebaikan dari sirah Nabi saw sebagai manhaj yang jelas dan gamblang untuk melakukan reformasi dan perubahan; guna mencapai tujuan dan misi yang mulia dan suci yaitu bangkitnya umat Islam, menghidupkan kembali kemuliaannya, memulihkan martabat dan kepemimpinannya di seluruh dunia, setelah membebaskan tanah air dan mengembalikan entitas internasional untuk umat ini.

Metode ini telah dibuat langkah-langkahnya, ditentukan karakternya
Bersumber dari firman Allah SWT:
إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ
“Sesungguhnya Allah tidak merobah Keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”. (Ar-Ra’ad:11)

Dan firman Allah:
ذَلِكَ بِأَنَّ اللَّهَ لَمْ يَكُ مُغَيِّرًا نِعْمَةً أَنْعَمَهَا عَلَى قَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ
“(siksaan) yang demikian itu adalah karena Sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan meubah sesuatu nikmat yang telah dianugerahkan-Nya kepada suatu kaum, hingga kaum itu meubah apa-apa yang ada pada diri mereka sendiri”. (Al-Anfal:53)

Dan firman Allah:
قُلْ هُوَ مِنْ عِنْدِ أَنْفُسِكُمْ
“Katakanlah, itu datang dari sisi kalian sendiri” (Ali Imran:165)

Dan firman Allah:
وَضَرَبَ اللَّهُ مَثَلاً قَرْيَةً كَانَتْ آمِنَةً مُطْمَئِنَّةً يَأْتِيهَا رِزْقُهَا رَغَدًا مِنْ كُلِّ مَكَانٍ فَكَفَرَتْ بِأَنْعُمِ اللَّهِ فَأَذَاقَهَا اللَّهُ لِبَاسَ الْجُوعِ وَالْخَوْفِ بِمَا كَانُوا يَصْنَعُونَ
“Dan Allah telah membuat suatu perumpamaan (dengan) sebuah negeri yang dahulunya aman lagi tenteram, rezkinya datang kepadanya melimpah ruah dari segenap tempat, tetapi (penduduk)nya mengingkari nikmat-nikmat Allah; karena itu Allah merasakan kepada mereka pakaian kelaparan dan ketakutan, disebabkan apa yang selalu mereka perbuat”. (An-Nahl:112)

Beliau menetapkan konsep kerja yang kongkret dan objektif, yang mebuktikan pada hari-hari ini akan kelayakan dan  utilitasnya, berbeda dengan kegagalan yang dilakukan oleh kelompok pemilik rencana dan konsep yang premature; konsep  yang bermula dengan melakukan perbaikan pada individu, pembentukan rumah tangga Islami, mengarahkan masyarakat kepada yang lebih baik, memerangi kejahatan dan kemungkaran, lalu berlanjut pada kemerdekaan tanah air dari segala dominasi dan hegemoni asing, mereformasi dan memperbaiki pemerintah sehingga mereka mau berjalan sesuai dengan manhaj Islam, dan berakhir pada kembalinya entitas internasional untuk umat Islam dan guru bagi dunia, tanpa melakukan pengawasan satu dengan yang lainnya, bahkan menuju kemanusiaan global seperti yang dibawa oleh Islam.

Imam syahid pada awal dakwah yang memiliki asas dan sebagai rukun padanya “Dari mana kami memulai”?
إِنَّ تَكْوِيْنَ الأُمَمِ، وَتَرْبِيَةَ الشُّعُوْبِ، وَتَحْقِيْقَ الآمَالَ، وَمُنَاصَرَةَ الْمَبَادِئِ؛ تَحْتَاجُ مِنَ الأُمَّةِ الَّتِي تُحَاوِلُ هَذَا أَوْ مِنَ الْفِئَةِ الَّتِي تَدْعُوْ إِلَيْهِ عَلَى الأَقَلِّ إِلَى قُوَّةٍ نَفْسِيَّةٍ عَظِيْمَةٍ، تَتَمَثَّلُ فِي عِدَّةِ أُمُوْرٍ: إِرَادَةٌ قَوِيَّةٌ لاَ يَتَطَرَّقُ إِلَيْهَا ضَعْفٌ، وَوَفَاءٌ ثَابِتٌ لاَ يَعْدُو عَلَيْهِ تُلَوُّنٌ وَلاَ غَدَرٌ، وَتَضْحِيَةٌ عَزِيْزَةٌ لاَ يَحُوْلُ دُوْنَهَا طَمَعٌ وَلاَ بَخْلٌ، وَمَعْرِفَةٌ بِالْمَبْدَأِ وَإِيْمَانٌ بِهِ وَتَقْدِيْرٌ لَهُ، يَعْصِِمُ مِنَ الْخَطَأَ فِيْهِ وَالانْحِرَافِ عَنْهُ وَالمُسَاوَمَةِ عَلَيْهِ وَالْخَدِيْعَةِ بِغَيْرِهِ.. عَلَى هَذِهِ الأَرْكَانِ الأَوَّلِيَّةِ الَّتِي هِيَ مِنْ خُصُوْصِ النُّفُوْسِ وَحْدِهَا، وَعَلىَ هَذِهِ الْقُوَّةِ الرُّوْحِيَّةِ الْهَائِلَةِ تُبْنَى المَبَادِئُ، وَتَتَرَبَّى الأُمَمَ النَّاهِضَةَ، وَتَتَكَوَّنَ الشُّعُوْبَ الَفَتِيَّةَ، وَتَتَجَدَّدَ الْحَيَاةَ فِيْمَنْ حُرِمُوا الْحَيَاةُ زَمَنًا طَوِيْلاً

“Bahwa pembentukan suatu bangsa, pembinaan suatu umat, untuk mewujudkan harapan, menyokong prinsip-prinsipnya; membutuhkan peran dari umat yang berusaha melakukan ini atau suatu kelompok yang menyeru kepadanya, minimal pada kekuatan psikologis yang besar, yang terdiri pada beberapa hal: keinginan yang kuat yang tidak ada kelemahan di dalamnya, keteguhan yang tidak terkontaminasi atau ada pengkhianatan di dalamnya, pengorbanan yang murni yang tidak dihalangi oleh adanya keserakahan dan kekikiran, mengenal tentang prinsip, meyakininya dan menghargainya, terlindung dari kesalahan di dalamnya, tidak ada penyimpangan dan tawar-menawar serta penipuan padanya…. Berbagai rukun yang utama ini merupakan bagian dari karakteristik jiwa itu sendiri, merupakan kekuatan kekuatan spiritual yang luar biasa ini yang mampu membangun dan memperkokoh prinsip-prinsip, dan membina umat untuk bangkit, yang terdiri dari umat dari kalangan muda dan energik, dan memperbaharui hidup dari mereka yang telah begitu lama telah kehilangan semangatnya. “

Setiap bangsa yang kehilangan empat karakter diatas atau setidaknya kehilangan penuntunnya dan penyeru reformasi di dalamnya, akan menjadi bangsa yang miskin dan kacau, tidak akan dapat meraih kebaikan, tidak akan mampu mewujudkan harapan, dan akan terpaku pada kehidupan dalam suasana mimpi, berfantasi dan wahm (praduga).
إِنَّ الظَّنَّ لا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا
“Padahal sesungguhnya praduga itu tidak memberikan kebaikan sedikitpun” (Yunus:36).

Ini adalah hukum Allah dan sunnatullah dalam ciptaan-Nya, dan kita tidak akan menemukan perubahan sedikitpun dari sunnatullah ini
إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ
“Sesungguhnya Allah tidak merobah Keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”. (Ar-Ra’ad:11)

Dan dengan jelas beliau menyatakan bahwa kebangkitan suatu bangsa tidak akan tercapai hanya pada dasar-dasar Islam dan aturan-aturannya, dan inilah yang ditetapkan setelah syhadinya Al-Banna pada keyakinan umat, dan diungkapkan oleh umat Islam pada setiap referendum atau pemilu yang bebas dan adil dengan mendukung proyek Islam.

Imam Al-Banna berkata:
إِذَا كَانَ الإِخْوَانُ الْمُسْلِمُوْنَ يَعْتَقِدُوْنَ أَنَّ اللهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى وَضَعَ فِي هَذَا الدِّيْنِ الْقَوِيْمِ كُلَّ الأُصُوْلِ اللاَّزِمَةِ لِحَيَاةِ الأُمَمِ وَنَهْضَتِهَا وَإِسْعَادِهَا؛ فَهُمْ يُطَالِبُوْنَ النّاسَ بِأَنْ يَعْمَلُوْا عَلَى أَنْ تَكُوْنَ قَوَاعِدَ الإِسْلاَمَ الأُصُوْلَ الَّتِي تُبْنَى عَلَيْهَا نَهْضَةَ الشَّرِقْ الْحَدِيْثِ فِي كُلِّ شَأْنٍ مِنْ شُئُوْنِ الْحَيَاةِ، وَيَعْتَقِدُوْنَ أَنَّ كُلَّ مَظْهَرٍ مِنْ مَظَاهِرِ النَّهْضَةِ يَتَنَافَى مَعَ قَوَاعَدِ الإِسْلاَمِ وَيَصْطَدِمُ بِأَحْكَامِ الْقُرْآنِ؛ فَهُوَ تَجْرِبَةٌ فَاسِدَةٌ فَاشِلَةٌ، سَتَخْرُجُ مِنْهَا الأُمَّةُ بِتَضْحِيَاتٍ كَبِيْرَةٍ فِي غَيْرِ فَائِدَةٍ

“Jika Ikhwanul Muslimin percaya bahwa Allah yang Maha Kuasa menempatkan agama yang lurus ini semua dasar-dasarnya yang diperlukan untuk kehidupan bangsa, kebangkitan dan kebahagiannya; Maka mereka juga mengajak umat yang lainnya untuk bekerja dengan mengikuti segala aturan-aturan dasar Islam yang dapat membangun kebangkitan timur dalam segala urusan kehidupan, dan mereka percaya bahwa dari setiap aspek kebangkitan yang tidak sesuai dengan aturan Islam dan bertabrakan dengan Al-Quran; maka akan menjadi pengalaman kegagalan dan kenistaan, darinya akan mengeluarkan umat dengan dengan berbagai pengorbanan yang besar bangsa tanpa ada manfaat sama sekali “.

Sungguh telah terbukti pada hari-hari dan peristiwa masa lalu selama lebih dari satu abad, bahwa setiap percobaan suatu kebangkitan yang dilakukan suatu bangsa selalu menemui jalan buntu, dan kita masih saja mencari jalan menuju kemerdekaan yang hakiki, untuk memiliki kehendak yang merdeka, keadilan yang sejati, keadilan sosial dan supremasi hukum, kebebasan secara komunal, dan devolusi kekuasaan, yang berasal dari pemimpin umat yang dihasilkan oleh pemilu yang bebas, meskipun berlalunya zaman di mana umat melewati kekuasaan liberal, sosialisme atau komunisme, kudeta militer, sehingga kita selalu menghadapi berbagai duri dan benturan, lalu kembali dari awal ..

Demikianlah yang dilakukan oleh pasukan pendudukan asing (imperialis) atas lebih dari 40 negara, yang dipimpin oleh Amerika Serikat yang berhasil menduduki Palestina, Irak, Afghanistan dan Somalia ..
Demikianlah yang terjadi; adanya pangkalan militer AS yang tersebar di seluruh daerah dan negeri yang diduduki pada negara-negara Arab dan Islam dari benua ke benua lainnya melewati Teluk ..
Demkianlah perjanjian perdamaian yang dilakukan pemerintah Islam, dan menempatkan pasukan tentara dan polisi dalam menghadapi rakyatnya sendiri atau terhadap negara tetangganya yang muslim ..
Semua ini, meskipun manifestasi formalnya adalah kemerdekaan; baik media, konstitusi, parlemen, kementerian, dan meskipun semua kesepakatan evakuasi, bahkan telah menguras kekayaan bangsa Arab dan Muslim; individu, pemerintah, lembaga dan perusahaan, hingga tersesat dalam petualangan harta dan terjerumus pada bank-bank konvensional yang selalu mengkonsumsi riba dua kali lipat, menyia-nyiakan harta hingga triliunan bukan miliaran saja, dan kelaparan yang membunuh jutaan Muslim, kamp-kamp penampungan yang diisi negara Muslim dalam kondisi lapar dan kelelahan dari orang tua, wanita dan anak-anak.

Sekalipun demikian, konferensi dan konspirasi yang sering diadakan secara diam-diam pada abad yang lalu dan sekarang diadakan secara terang-terangan, di siang hari bolong, dan dihadiri oleh para pejabat dari anak bangsa kita, para pembuat keputusan yang selalu mengekor pada dikte kekuatan asing; untuk bersekongkol melawan anak bangsa mereka, memberikan dukungan kepada asing untuk melawan orang-orang mereka sendiri. Sungguh menakjubkan sekali!! Dua pertemuan yang dilaksanakan secara bersamaan di London, ibu kota kerajaan Inggris yang masih memainkan peran sebagai penjajah; yang kekuatannya telah hilang dalam memiliki perasaan jutaan umat, namun itulah konspirasi – walaupun semua komisi penyelidikan formal yang tidak melakukan apa-apa – dan kolusi dan mematuhi perintah dari pemimpin baru di dunia; dunia ketidakadilan, tirani dan kesewang-wenangan, untuk mengirim lebih banyak tentara dan menghabiskan lebih banyak uang, tidak untuk tujuan apapun dan bukan untuk alasan apapun, kecuali hanya untuk memotong jalan kebangkitan hakiki di negara Islam, yang dapat dicapai oleh kerja keras anak bangsanya, oleh langkah dan konsep nabinya, dan berjalan sesuai dengan manhaj Islamnya.

Demikianlah dunia – dengan Perserikatan Bangsa-Bangsanya dan komunitas internasionalnya – menampilkan entitas apharteidme dan rasisme yang menjijikkan; menodai tanah Palestina, menghancurkan pohon-pohon zaitun dan kebun-kebun anggur, dan membuat jutaan pengungsi lansia, perempuan dan anak-anak, sementara yang sudah menjadi orang tua tidak menadapatkan kunci rumah mereka sebagai hak warisan yang turun dari generasi ke generasi.

Meskipun semua perbuatan jahat nan keji yang terus dilakukan oleh komunitas jahat, dan seperti yang terakhir mereka lakukan oleh adanya pembunuhan as-syahid, “Mahmoud Abdul-Rauf Al-Mabhuh” di Uni Emirat Arab oleh agen Mossad, yang ikut hadir bersama dengan menteri Zionis yang telah menodai tanah Arab di bawah bendera konferensi internasional, dan menggunakan paspor Eropa, meskipun puluhan resolusi PBB; seluruh dunia – dan besamanya para pemimpin Arab dan Islam yang hina- tidak mampu bersikap  tegas menghadapi pendudukan, dan tidak mampu menuntut balas atas kejahatan keji, bahkan tidak mampu menuntut bela terhadap penggunaan fosfor putih yang dilarang secara internasional baru-baru ini yang ditimpakan atas bangsa mereka sendiri, dan yang telah diakui telah digunakan dalam perang di Gaza setahun yang lalu, namun mereka tetap mendukungnya dengan uang dan senjata, peralatan dan pasukan, bahkan mereka tetap percaya dengan jalan damai dan keamanan melalui berbagai kesepatakan dan tembok dinding, serta mereka terus melakukan perlawanan terhadap pasukan perlawanan yang gagah berani dicegah dalam meraih hak mereka yang sah, sehingga mereka –para pemimpin yang mbalelo- terus melakukan berbagai tekanan dan menggunakan kertas tawar-menawar.

Bahwa Hassan Al-Banna tidaklah mati, namun ia tetap ada dari apa yang telah dibina pada penerusnya, meskipun tubuh yang kurus yang terus melakukan safar dan rihlah di jalan Allah telah hancur namun ruhnya tetap ada di tengah para umana (pemimpin) dakwah yang berjuang di seluruh pelosok bumi dalam lima benua.

Peristiwa-peristiwa ini hanya membuktikan kebenaran manhaj dan bersihnya dakwah ini.
Wahai Ikhwanul Muslimin…
Berjalanlah diatas jalan yang penuh keberkahan Allah..
Jadilah kalian orang-orang menepati janji dihadapan Allah..
Pelajarilah dan tadabburkanlah Al-Qur’an sehingga kalian dapat memahami jalan yang harus ditempuh dan yang telah dibuatkan konsepnya, teruslah berada pada sirah Rasul kalian saw sehingga kalian memahami manhaj kalian sebagai aplikasi praktis sirah Nabi saw…

Bekerjalah .. bekerjalah .. Dan bekerjalah .. dan janganlah kalian berputus asa; karena masa depan adalah milik dakwah kalian, dan kemenangan untuk umat kalian ..

وَقُلِ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ
”Dan Katakanlah: “Bekerjalah kamu, Maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan”. (At-Taubah:105)

Maha benar Allah yang maha Kuasa atas segala firman-Nya.

KirimPrint




Gambar Peserta Mukhyyam Tarbawi LKD Siri 2

Peserta Mukhayyam Tarbawi Ikhwah
Latihan Kader Duat Siri 2Di Lata Celak, Baling Kedah.29-31 Januari 2010 
Pengarah LKD dan Ust Haris Bain, Pengarah Eksekutif WAMY turut hadir



Peserta Mukhayyam Tarbawi Akhawat 
Latihan Kader Duat Siri 2Di Lata Celak, Baling Kedah

Diucapkan tahniah kepada semua yang telah berkorban masa, harta dan tenaga demi menjayakan program tarbawi ini. Majoriti datang dari jauh dan terpaksa menaiki bas dan keretapi hampir 10 jam. Semoga Allah SWT membalas amal antum semua

Pengarah LKD

Tuesday, February 9, 2010

Kembara Dakwah Ke Kuching

Assalamualaikum wmt. wbth

Moga antum semua dalam lindungan Ilahi.

Ustaz telah menerima sms dari HIKMAH Sarawak untuk mengetahui tarikh projek ini.
Saya memerlukan sokongan padu dari antum semua agar usaha printis ini mencapai kejayaan. Ini adalah kali pertama dalam sejarah pendidikan Musleh dan kami perlukan sekurang-kurangnya 26 orang nama yang mahu menyertai usaha dakwah bil hal ini.
Jika kita mendapat 26 orang maka pasukan ini akan dipecahkan kepada 2 seksen iaitu Pasukan A (13 orang) dan Pasukan B (13 orang).

Setiap pasukan akan ada 2 orang Guru (1L dan 1P) yg akan membimbing dan menyelia serta menjaga kesejahteraan antum semua.

Setiap Pasukan akan ke kampung berlainan selama lebih kurang 5 hari menjalankan usaha dakwah dan khidmat komuniti di kampung tersebut. Kemudian semua pasukan akan bergabung di kampung ke-3 bagi mengakhiri usaha dan majlis penutupan. Sebelum pulang semua pasukan perlu membuat kajian dan persembahan hasil penyelidikan dan usaha yang dijalankan agar menjadi pembelajaran dan pengajaran pada kumpulan akan datang.

Tarikh tentatif ada dua:

(a) 6-15 Mac 2010
(b) 9 -18 Mac 2010.


Tentang ongkos atau kos memang telah ditetapkan sebanyak RM600. Namun pihak kami telah menerima sokongan lisan dari pihak MGBSIM untuk mereka salurkan dana. Jadi bayaran peserta akan diminimumkan. Ustaz akan usahakan dana dari mana-mana sahaja bagi menjayakan agenda ini.

Oleh itu kami perlukan maklumat terkini hari ini dan sila buat pendaftaran kepada Akh A Rashid di talian : 0132647057 (Trainee METC) sesegera mungkin.

Sekian.

Pengarah LKD/Pengerusi Kembara Dakwah.

Monday, February 8, 2010

Mukhayyam Tarbawi LKD Siri 2

Latihan Kader Duat Siri 3

Assalamualaikum wmt.

Sekiranya mengikut jadual yang diputuskan bahawa Latihan Kader Duat Siri 3 akan diadakan pada 26 hingga 28 Februari 2010. Walaubagaimanapun sekiranya program ini dijalankan kita akan kehilangan hampir 15 peserta dari Hidayah JB kerana mereka mengikuti Program Road To Java 2010. Mereka dijadual pulang pada 28 Februari 2010.

Apakah pandangan peserta LKD semua. Teruskan atau...

Wassalam.

Pengarah LKD

Wednesday, February 3, 2010

Konvensyen Tahunan Musleh '09 Dibatalkan

Assalamualaikum wmt wbth

InsyaAllah pihak Musleh akan menganjurkan satu Konvensyen Tahunan Musleh '09 yang terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tidak dielakkan.

InsyaAllah KTM 09 ini akan disatukan dengan KTM '10 yang akan diadakan pada 18 Disember 2010. Pihak kami memohon maaf kepada semua di atas keputusan ini.

KTM ini bertujuan memaparkan pencapaian Musleh dan jaringan sekolah-sekolah di bawahnya dalam pendidikan Islam di dalam dan luar negara. Ianya juga bagi merapatkan saf dan ukhuwwah Islamiah sesama warga Musleh.

Bagi maklumat lanjut sila lawati blog rasmi: http://konvensyentahunanmusleh.blogspot.com

Sehubungan dengan itu Saya Selaku Setiausaha Musleh yang diamanahkan sebagai Pengarah KTM'09 memerlukan sukarelawan LKD dari sekitar Lembah Kelang bagi membantu JK Pelaksana menjayakan agenda ini.

Setakat ini Pengarah LKD telah dibantu oleh Akh Abd Rashid dan Akh Amin dari lepasan Al-Amin Gombak salah seorang peserta LKD kita. Sepanjang program KTM ini kami memerlukan pembaca Al-Quran, MC, Penasyid, Bhg Pendaftaran, Penyambut tetamu dll.

Jika antum berminat membantu sila berikan nama kepada Abd Rashid di talian HP 0132647057 atau kepada Ustaz sendiri : 013 275 8565

Saya juga menjemput semua Peserta LKD samada yang ingin menjadi sukarelawan atau ingin menjadi peserta turut memeriahkan KTM 09 ini.

Sekian dulu, wassalamualaikum wmt.

Pengarah LKD

Tuesday, February 2, 2010

اَلدَّاعِيَةُ "اَلْمَحْمُوْلُ" عِبْءٌ عَلَى الدَّعْوَةِ! Da’i yang “Digendong” Merupakan Beban bagi Dakwah!


-->
Kalian dapati manusia seperti seratus unta, hampir-hampir seseorang tidak mendapati darinya satu unta pemikul beban[1].
Dengan kalian singkat nan mendalam, nabi Muhammad SAW mensifati kafilah da’i di era manapun.
Sabda Rasulullah SAW ini sebenarnya berlaku untuk seluruh manusia, apapun kondisinya, apapun bidang kehidupannya. Hanya saja, sabda beliau SAW lebih lebih melekat dengan kondisi dakwah, dan lebih erat dengan bidang kerja fi sabilillah.
Dalam mendefinisikan rahilah (pemikul beban), para pakar bahasa berkata: ia adalah unta yang bagus, pilihan, memiliki sifat sempurna, sedap dipandang, kuat dalam memikul beban dan melakukan perjalanan jauh, dan hal ini sangat dikenal dalam dunia per-unta-an, sebab, jumlahnya sedikit dan langka.


[1] Dalam Shahih Muslim [4620]: Dari Ibnu Umar Ra ia berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Kalian dapati manusia seperti seratus unta, Seseorang tidak mendapati darinya satu unta pemikul beban”.

Monday, February 1, 2010

Selamat Pulang dari Mukhayyam Tarbawi LKD Siri 2

Assalamualaikum wmt wbth.

Saya ingin memanjatkan kesyukuran ke Hadrat Ilahi kerana program yang diatur bagi menjayakan Mukhayyam Tarbawi LKD Siri 2 telah selamat dijalankan tanpa sebarang kesulitan besar atau sebarang ujian yang tidak diingini. Semua ini adalah dari Rahmat dan Kasih Sayang Allah SWT dan semoga kita semua memanjatkan kesyukuran yang berterusan.

Bagi Pengarah LKD saya amat perihatin akan keselamatan semua peserta. Dan saya kerap mengingatkan kepada Ust Nizam Pengarah Mukhayyam agar sentiasa memantau dan memastikan semua aktiviti berjalan dengan sejahtera. Maklumlah kita mengadakannya di kawasan hutan. Jangan tak tau sewaktu Ust Haris Bain Pengarah Eksekutif WAMY ketika memasuki kawasan perkemahan Lata Celak pada tengah malam tersebut terserempak dengan seekor babi hutan yang sesat agaknya. Apa yang pasti semua ibu bapa tetap merasa risau akan keadaan saudara-saudari semua dan kami memang mengambil semua langkah kesejahteraan termasuk mengambil Takaful bagi semua peserta.

Kita semua amat tersentuh dengan ucapan Ybhg Ust Haris dan amat menghargai cadangan dan buah fikiran beliau bagi melahirkan Qiyadah Mustaqbal atau Pemimpin ummah masa hadapan. Serta kesanggupan WAMY untuk menaja program LKD akan datang.

Mudah-mudahan, ilmu yang dipelajari, kesedaran yang diterima, ukhuwwah yang dibina dan amalan soleh kita teruskan dan tingkatkan. Pihak kami sebenarnya memantau semua tugasan yang diberikan dan membuat penilaian peribadi dan sikap semua peserta. Adalah diharapkan semua peserta terus meningkatkan amalan fardhi, amalan sunnah, tilawah dan wajibat yang dituntut kita lakukan. Tunjukkan kepada kedua ibu bapa kita dan ahli keluarga bahawa kita adalah peribadi-peribadi Muslim yang prihatin dan menjaga hubungan yang baik dan menyenangkan hati kedua ibu bapa kita. Keredhaan mereka adalah jalan kepada keredhaan Allah SWT.

InsyaAllah bertemu lagi kita di LKD Siri 3 di Lembah Kelang insyaAllah. Jika diizinkan Allah kita akan mengadakannya di Masjid Besar KLIA.  Amin Ya Rabbal Alamin.

InsyaAllah gambar-gambar Mukhayam Tarbawi LKD Siri 2 akan kita kongsikan kepada anda semua dan ibu bapa sekalian.

Pengarah LKD