Wednesday, January 27, 2010

Selamat Bertolak Ke Mukhayyam

Saya mengucapkan selamat musafir ke Mukhayyam Tarbawi LKD. Semoga perjalanan saudara/i dalam lindungan Allah SWT dan dimudahkan serta jauh dari kesukaran. Saya serahkan kamu semua kepada Allah SWT Penjaga dan Pemelihara kita dan berdoa agar kita semua mencapai matlamat dari pertemuan ini. Pastikan perjalanan ini mendapat restu dan kebenaran dari ibu bapa kalian.Amin



Pengarah LKD

Fahami hakikat perkaderan

Likulli marhalatain ahdafuha, Li kulli marhalatain rijaluha
(Pada setiap marhalah ada objektifnya dan pada setiap marhalah ada lelakinya)

Itulah maksud perkaderan atau tarbiyyah. Usaha tarbiyah atau perkaderan ialah untuk mencetak peribadi-peribadi yang sesuai pada setiap marhalah dakwah dan peribadi-peribadi yang yang mempunyai muasofat  yang mempunyai keupayaan bagi memikul tugas tersebut. Oleh itu tarbiyyah bukan sekadar pengisian ilmu akan tetapi kesediaan membentuk dan merubah diri agar menjadi para Duat yang setiap harinya adalah kebaikan dan peningkatan. Kemajuan dalam segi akal pemikiran. Kemajuan dalam amal ibadahnya, dalam daya fikirnya, dalam renungan hatinya dan dalam kebersihan ruhnya. Tiada hari kemalasan. Setiap hari adalah pembentukan dan perubahan. Setiap hari jiwanya sentiasa berkobar-kobar untuk melakukan amal kebaikan bagi dirinya dan ummatnya.

Maka persiapkanlah diri mu bagi menjadi lelaki/wanita duat yang sedia memikul panji-panji Islam. Tanpa peribadi-peribadi yang kuat, yang bersih akhlaknya, yang ikhlas, maka jadilah dakwah itu hanya laungan kosong, sekadar kertas-kertas kerja dan resolusi-resolusi indah namun tiada yang akan mampu merealisasikan Islam itu dalam realiti kehidupan.

Maka sedarilah, Andalah calon-calon rijal itu!

Pengarah LKD

WAMY sedia menjadi penaja utama Mukhayam LKD

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana WAMY Malaysia sudi menjadi penaja utama bagi Mukhayyam Tarbawi LKD bagi kali ini. Namun kos ini hanya menampung 59% dari kos keseluruhan program ini. InsyaAllah pihak Sekretariat akan mengkaji perkara ini bagi mengurangkan yuran antum semua.

Setakat hari ini pendaftaran peserta ialah seramai 70 orang. Tahniah dan semoga niat kita semua diberkati hendaknya.

Pengarah LKD.

Monday, January 25, 2010

Kembara Dakwah Ke Bumi Kenyalang

Jumlah peserta yang mendaftar bagi program jaulah dakwah ini masih lagi ada kekosongan tempat. Kepada semua peserta LKD yang mahu berkorban masa dan sedikit harta serta mendapat pendedahan pengalaman dakwah bil hal di bumi Kenyalang sila daftarkan dengan kadar segera.

Yuran khidmat diri termasuk pengangkutan kapal terbang dan pengangkutan di sana/penginapan/makanan/aktiviti dakwah berjumlah RM600.00 sahaja.

InsyaAllah program ini akan dilakukan pada awal Mac insyaAllah dengan kerjasama HIKMAH Sarawak.
Tentatif pada 9 hingga 18 Mac 2010.



Jika anda berminat sila daftarkan segera.



Sekretariat
Kembara Dakwah Ke Bumi Kenyalang
Ust Shahrinizam 013 4818252

Persediaan Mukhayyam LKD

1.0 Pakaian (untuk 3 hari 2 malam) yang secukupnya. adalah dicadangkan seperti berikut:-
(a) Seluar track - secukupnya
(b) Kasut sukan dan stokin secukupnya -
(c) T Shirt atau baju yg cukup
(d) Baju hujan jika perlu
(e) Peralatan peribadi dan ubatan sendiri
(f) Mushaf Al-Quran kecil untuk tilawah
(g) Buku Nota

Program Mukhayyam ini 50% melibatkan aktiviti luar. Bakinya adalah aktiviti indoor.

Sekian,

Pengarah LKD

Yuran Mukhayyam LKD

Saudara/i sekalian

Yuran khidmat diri bagi menanggung kos mukhayyam sepanjang 3 hari ini ialah
RM60 sahaja. Majoriti kos adalah untuk makanan saudara/i sepanjang 3 hari termasuk pengangkutan dari sekolah ke lokasi.

Boleh dibayar secara tunai atau cek atas nama "Musleh Education and Training Centre".

Sekian dulu,
Moga bertemu nanti di sana.

Pengarah LKD

Tentatif Mukhayyam LKD


Tarikh
Pagi
Petang
Malam
29/1 Jumaat
Berhimpun di Sek Men Islah Sg Petani

3:00 bertolak ke Lata Celak
Pengisian 1
30/1 Sabtu

Pengisian 2 dan LDK


LDK
LDK
31/1 Ahad
LDK dan penutup





Thursday, January 21, 2010

Latihan Kader Du'at Siri 1/6 2009

Assalamualaikum wmt.

Pertamanya saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT yang mengizinkan buat kali pertamanya satu program khas bagi lepasa pelajar SPM Musleh 2009 mengikuti satu latihan yang kami namakan "LATIHAN KADER DU'AT (LKD)".

Latihan khas ini ialah bagi membantu memantapkan, mengukuhkan, membina kelayakan pengetahuan serta aspek keperibadian bagi melahirkan saf pelajar yang akan memimpin mahasiswa serta sekaligus menjadi pendakwah yang kompeten dan berwibawa.

Program pertama ini berjaya dilangsungkan pada 25 hingga 27 Disember yang lalu di Surau Al-Amin Gombak. Seramai 54 orang berjaya mendaftarkan diri dari seluruh negara.

Moga mereka terus bersedia untuk menghadiri program ini. Motto LKD ialah " LKD SIAP".

Kami juga amat-amat mengharapkan penyertaan ini penuh dengan kesedaran dan datang dari keikhlasan jiwa. Tanpa kesedaran diri serta keikhlasan program ini tidak akan mencapai matlamatnya.

LKD ini mempunyai 6 kali Siri Pertemuan bagi melengkapkan dan menamatkan program ini pada akhir Mei 2010.

Moga anda semua bergembira hadir dan bertemu lagi di pertemuan akan datang insyaAllah.

Shamsul Ma'arif Hj Ismail
Pengarah LKD/Pengerusi JK Tarbiyyah Musleh

Siapakah Penganjur LKD?

Assalamualaikum wmt wbth. Semoga saudara/i semua dalam rahmat Allah SWT dan semoga ibu bapa antum juga hendaknya.

Latihan Kader Duat adalah satu program khusus untuk Lepasan SPM yang dianjurkan oleh JKTPM. Program sulung dimulakan pada akhir tahun 2009. Tahniah kepada semua peserta sulung LKD 2009 yang mencipta sejarah ini.

Supaya ayahanda dan bonda antum rasa tenang hatinya eloklah dikongsikan maklumat ini.

JK TARBIYYAH MUSLEH (JKTPM) adalah sebuah JK yang dipengerusikan oleh Hj Shamsul Ma'arif Hj ismail salah seorang Pengarah Musleh bersama semua Penyelaras Tarbiyyah Sekolah dari seluruh negara )14 orang semuanya. JK ini diberi mandat bagi merancang, memikir dan melaksanakan segala usaha dan daya bagi memperkasa perjalanan tarbiyyah pelajar-pelajar di seluruh jaringan sekolah Musleh di seluruh negara sekitar 15,000 orang pelajar termasuk dari Sek Men sekitar 3500 orang. Salah satu peranannya juga ialah memberi nasihat dan merancang aktiviti Pasukan Kadet Remaja Sekolah Musleh.

sekian
Pengarah LKD

Makluman Peserta LKD-Mukhayyam

Assalamualaikum wmt.wbth

Semua peserta adalah dikehendaki berkumpul di
Sek Men Islah Sg Petani pada 29 Jan 2010 tidak lewat dari jam 2 pm.
Bas akan bertolak ke Kem Lata Celak, Baling Kedah pada jam 3 pm atau 1500 hrs.

Oleh itu peserta dari Selatan dan KL dinasihatkan bertolak malam dan ketibaan anda waktu pagi di Sg Petani akan diambil oleh Urusetia ke Sek Men Islah Sg Petani.

Kebiasaanya bas dari KL akan tiba sekitar jam 4.30 pagi manakala dari JB sekitar jam 5.30 pagi. Sila telefon/sms Pengarah Mukhayyam sebelum bertolak.

Sila maklumkan Pengarah Mukhayyam bagi LKD Siri 2/6 ini
Ustaz Shahrinizam : 0134818252

sekian

Pengarah LKD
Ust Shamsul Maarif.
013-275 8565

Thursday, January 14, 2010

Apakah Objektif LKD?

Assalamualaikum wmt. wbth
Nahmadullah swt dan selawat serta salam buat Junjungan Rasulullah s.aw yang dikasihi

Sukacita Pengarah ingin mengulangi dan memberi penekanan kepada semua peserta LKD Sesi 2009 agar anda semua sentiasa ingat dan faham objektif penglibatan anda di dalam LKD yang telah saudara/i lalui baru-baru ini.

Kami berhasrat melalui usaha terancang LKD ini kami dapat membina dan mencapai kifayah tarbawiyah bagi meningkatkan kepribadian anda sebagai Muslim dan Muslimah serta keperibadian seorang Duat atau Dai yang prihatin, peka kepada persoalan ummah, mengambil berat akan qadhiyahnya. Kita juga mahukan anda semua sedar akan kepentingan beramal di dalam jamaah dan bukannya secara fardi. Kami inginkan anda semua kesedaran untuk menggabungkan diri di dalam amal Islami, menegakkan Deen Allah SWT di atas muka bumi dengan manhaj dakwah yang salimah dan syumul. Untuk itu kami mahukan anda semua merubah dan memperbaiki aspek-aspek keperibadian anda agar benar-benar menjadi muslim dari sudut iktikad, perkataan dan perbuatan. Menjadi mukmin yang bersungguh-sungguh meningkatkan amalan peribadi, dalam ibadah, dalam akhlak, memepersiapkan diri untuk bekerja sendiri, rajin menuntut ilmu, menambah pengetahuan Islam, menghafaz al-Quran, hadith-hadih sahih, membaca surat khabar bagi meningkatkan pengetahuan semasa, ambil berat isu umat Islam dan menyediakan diri dengan tubuh badan yang sihat dan cergas. Kami mahukan anda berlatih melawan nafsu buruk, sabar dan bersedia menanggung bebanan dakwah. Kami mahukan anda menyusun masa dengan baik, waktu ibadah, waktu menuntut ilmu, waktu membantu ibu bapa dan masyarakat. Kami mahukan anda menghargai masa dengan melakukan yang terbaik setiap masa. Kami mahukan anda semua suka membantu orang lain, membantu ibu bapa, membantu jiran dan masyarakat apatah lagi mereka yang memerlukan.

Oleh itu wahai saudara/i ku alangkah beratnya pembentukan yang diharapkan. Kita tidak akan mengatakan ianya mudah tetapi kita berusaha melengkapkan diri dan meningkatkan diri agar kepribadian anda semua akan menjadi keperibadian muslim dan bersiap sedia menjadi pelopor kepada kebangkitan ummah.

Pembentukan peribadi memang bukan semudah kita menghadiri ceramah (muhadarah) atau kelas pengajian kerana matlamatnya ialah pembentukan sifat-sifat atau karakter yang tulin dalam diri kita. Sebab itulah kita perlukan tarbiyyah.  Itulah yang diungkapkan oleh Allahyarham K.H Rahmat Abdullah seorang pengasas dakwah IM di Indonesia beliau mengatakan " Fi Kulli Marhalah Rijal, Wafi kulli marhalah fitnah". Saya tak perlu terjemahkan kerana anda semua mendapat A dalam Bahasa Arab. Maksudnya yang saya faham ialah pada setiap marhalah dakwah ada ciri-ciri lelaki/wanita  (rijal) yang tertentu dan pada setiap marhalah dakwah itu akan ada fitnah, maka tidak mampu dilalui melainkan oleh mereka yang telah sempurna sifat-sifatnya.

Oleh itu sekian dulu moga ada kebaikan buat saya dan saudara/i semua.
Wassalamualaikum wmt.wbth

Akhukum Fillah,
Pengarah LKD

TAWARAN MENJADI TRAINEE METC

Assalamualaikum wmt.

Kepada semua peserta LKD

Pihak Musleh Education and Training Centre sebuah syarikat yang mengendalikan latihan bagi pihak Musleh memerlukan seorang Pelatih (Trainee) bagi membantu pihak syarikat mengendalikan kursus dan latihan.
Jika anda semua berminat sila emel biodata ringkas dan sila nyatakan sebarang sokongan dari masul masing beserta no HP mereka atau emel untuk pihak syarikat hubungi.

Emel atau Faks kepada
METC
03-4147 4800 

atau emel: smhi64@yahoo.com

2. Berapa bayaran pelatih yang diterima bekerja.

Di antara RM500 hingga RM700 bergantung kepada perbincangan dan persetujuan bersama.

3. Syarat ialah lepasan SPM dan berada di (Modul 02) dan amat berminat dalam bidang latihan.

Sekian

Pengurus METC
Hj Shamsul Ma'arif Hj Ismail
/Pengarah LKD
013-2758565

TARIKH-TARIKH PENTING LKD Sesi 2009-PEMBETULAN

Tarikh-Tarikh Penting buat semua peserta LKD 2009 tahun ini.

1.LKD Siri 1/6 2009 - 25 - 27 Dis 2009  - Selesai
2.LKD Siri 2/6 2009 - 29 - 31 Januari 2010 - Sg Petani
3.LKD Siri 3/6 2009 - 26 - 28 Feb 2010
4.LKD Siri 4/6 2009 - 26- 28 Mac 2010
5.LKD Siri 5/6 2009 - 23 - 25 April 2010
5.LKD Siri 6/6 2009 - 28 - 30 Mei 2010 - Siri akhir dan Graduasi

Diharap kepada semua peserta LKD Pengambilan Sesi 2009 (Lepasan SPM 2009) dapat menghadirkan diri di dalam semua program yang di atur bagi menjayakan matlamat projek khas ini.

Moga dengan keikhlasan niat dan hati yang penuh bersemangat kita semua mendapat taufiq dan redha Allah SWT.

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi
Sekretariat : Ustaz Shahrinizam 0134818252
Pengarah LKD: 0132758565

Tuesday, January 12, 2010

DI MANA LATA CELAK?

MAKLUMAT LOKASI SILA LAWATI LINK DI BAWAH

http://latacelak.blogspot.com/

Sekian,
Pengarah LKD

LKD SIRI 2/6 2009

Perhatian kepada semua peserta LKD 2009

Program akan datang ialah dalam bentuk yang dinamakan Perkemahan Tarbawi Siri 2/6 yang akan diadakan pada dan di lokasi berikut:

NAMA PROGRAM: PERKEMAHAN TARBAWI
TARIKH: 29,30 DAN 31 JANUARI 2010
TEMPAT: LATA CELAK, SG PETANI KEDAH
BAYARAN: RM60.00
ANJURAN: JK TARBIYYAH PUSAT PENDIDIKAN SRI-SMI BERHAD (MUSLEH)
PENGURUS: MUSLEH EDUCATION AND TRAINING CENTRE


LATA CELAK MANAGEMANT SERVICES ADALAH SEBUAH SYARIKAT YANG MENGENDALIKAN LATIHAN BAGI PIHAK SWASTA DAN BERDAFTAR DENGAN PIHAK KERAJAAN.

Mohon semua peserta membuat persediaan bagi mengikuti program ini seperti pakaian yang cukup, seluar track, kasut sukan, baju hujan, Mushaf Al-Quran, peralatan peribadi dan ubat sendiri.

Sila lawati www.latacelak.blogspot.com bagi melihat lokasi.

Semua peserta boleh datang menaiki bas dan turun di Stesen Bas Sg Petani, Kedah. Pihak syarikat pengendali latihan Lata Celak akan mengambil anda semua dengan pengangkutan mereka ke lokasi mereka. Jika ingin maklumat lanjut sila hubungi Pengurus Lata Celak Management Services : Ustaz Rosli 0134206601.

Jika ingin membuat bayaran melalui cek boleh dibayar kepada Musleh Education and Training Centre.

InsyaAllah maklumat akan dikemaskini.
** Sila rujuk maklumat terperinci kepada masul kumpulan LKD yang telah dilantik.

sekian,

Pengarah LKD.
12 Januari 2010