Friday, February 24, 2017

Monday, August 1, 2016

Travelog Nadwah Musleh 2016

Allahu Bismik.



Hari Pertama





Pada sebelah pagi, para fasilitator telah tiba di Sekolah Menengah Islam Aman, Binjai Kota Bharu Kelantan untuk perjumpaan dan sesi taklimat serta perbincangan mengenai program. Melihat secara terperinci tentatif program yang telah disediakan oleh pihak penganjur serta melakukan pembetulan dan penambahbaikkan.



Kemudian, sebahagian daripada fasilitator pergi ke Universiti Sains Malaysia (USM) untuk menampal kertas Nadwah pada setiap pintu bilik peserta serta menampal tanda-tanda lokasi penting di sekitar kampus.









Lebih kurang pukul 3.30 petang, para peserta hadir ke tempat pendaftaran dan menerima fail masing-masing. Sementara menunggu kunci bilik, mereka berbual dan mengucapkan khabar masing-masing sambil berlaga pipi kiri dan kanan. Sweet kan?



Setelah mendapat kunci bilik, peserta lelaki dibahagikan kepada dua bahagian; bahagian pertama menetap di blok D2, dan bahagian kedua pula di D3. Manakala untuk banat pula, hanya menetap di satu blok. Mungkin kerana mereka tak sanggup nak berpisah? Allahu.

Pada sebelah malam pula, para peserta, fasilitator dan guru-guru pengiring hadir ke perkarangan masjid untuk bersama-sama menikmati juadah makan malam (nasi ayam sedap baq hang). Kemudian bersama-sama menunaikan solat Maghrib serta mengamalkan wazifah sughra.

Tanpa membuang masa, para peserta terus digerakkan untuk ke Dewan Kuliah 6 yang terletak jauh nun di belah sana mashaAllah. Namun semangat mereka tidak pernah luntur biarpun lutut semakin longgar dan badan semakin letih. Mungkin lagu “takkan surut walau selangkah” bermain di minda mereka.





Setelah mengambil tempat masing-masing di dalam dewan, mereka mendengar taklimat daripada Ustaz Sobri yang merupakan seorang akh kelahiran bumi Kelantan. Ustaz juga mengisi ruang yang ada dengan menyampaikan kisah-kisah yang mampu memberi inspirasi kepada para peserta untuk terus berjuang dalam medan masing-masing.





Diikuti pula selepas itu dengar slot pertama untuk para peserta; Slot Public Speaking yang disampaikan oleh Dr. Hafidzah Mustakim yang mashaAllah semangat betul menyampaikan isi-isinya. Dr. Hafidzah berkongsi tentang bagaimana untuk menyampaikan sesuatu di khalayak ramai. Dr. juga memberi contoh-contoh presentation yang baik dan buruk supaya para peserta boleh ambil tahu bagaimana cara yang terbaik untuk menyampaikan sesuatu ilmu kepada orang ramai.


Hebat! 



Hari Kedua





Alarm berbunyi. Para peserta mula mengambil wudhu’ dan mendirikan malam (qiamullail) secara fardhi, kemudian barulah secara jamaie. Setelah itu, kami solat subuh bersama dan diikuti dengan bacaan wazifah sughra.








Kemudian, para peserta bergerak ke padang utama kampus untuk sesi riadah pagi bersama fasilitator yang menjaga kumpulan. Mereka bermain permainan yang amat menarik hingga terukir senyum dan tertawa.





Setelah mengurus dan mempersiapkan diri, para peserta bergerak ke Dewan Kuliah 6 untuk Slot yang kedua bertajuk “Komunikasi berkesan” oleh Prof. Madya Dr. Hj. Wan Nudri bin Wan Daud. Beliau merupakan Timbalan Pengarah Pusat Islam Universiti Sains Malaysia. Banyak juga yang beliau kongsikan kepada para peserta, antaranya ialah bagaimana cara yang terbaik untuk berkomunikasi dengan seseorang, terutamanya untuk para peserta yang berada dalam barisan pimpinan sekolah yang amat memerlukan skils untuk berkomunikasi dengan orang ramai dengan cara yang berkesan.

Para peserta kemudiannya diberikan 15 minit untuk minum dan makan ringan serta berehat sementara sebelum bermula slot yang seterusnya.





Slot kedua yang bertajuk “Mengurus  Masa” oleh saudara Azrul. Teknik mengurus masa adalah teknik yang perlu diambil peduli oleh semua manusia, khususnya muslim, dan lebih khusus adalah untuk para pemimpin yang dikelilingi oleh tugas-tugas dan tanggungjawab yang teramat banyak.






Apa-apa jenis program yang melibatkan sekumpulan peserta yang ramai, tidak manis dan tidak lengkap apabila tiadanya sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Maka setelah selesai Slot Kedua, para fasilitator mengambil alih sepenuhnya tugas untuk membimbing para peserta dalam LDK. Di dalam LDK, para peserta akan ‘beraksi’ di dalam kumpulan masing-masing. Mereka diberi beberapa study case sekitar masalah-masalah yang berlaku sekitar kehidupan dan pimpinan di dalam sekolah, dan mereka perlu berbincang berkenaan masalah-masalah tersebut dan mencari solusi terbaik.

Pada sebelah petang pula, para peserta dan juga fasilitator mendengar taklimat daripada seorang petugas USM yang merupakan salah seorang akhawat kita, berkenaan aktiviti santuni pesakit-pesakit di Hospital USM (HUSM). Biarpun terik mentari membakar jalan-jalan di kampus, para peserta tidak pernah mengeluh dan luntur semangat ketika berjalan kaki ke HUSM.







Ini,
gempak.

Di dalam hospital, mereka dibahagikan kepada 10 kumpulan, 5 banin dan 5 banat dan setiap kumpulan akan ke tingkat dan wad yang berbeza untuk menyantuni pesakit-pesakit yang ada di sana. Daripada si kecil hinggalah kepada yang sudah berumur dan tua, semuanya ada. Dan para peserta terus mengambil peluang tersebut untuk pergi ke katil pesakit-pesakit dan mengambil ruang dan peluang yang ada untuk berbual dan mendengar cerita daripada pesakit.









Sesi bergambar berjamaie pula dijayakan setelah tamat aktiviti menyantuni pesakit. Sesi ini dibuat secara berasingan; banin bersama banin dan banat bersama banat.

Dan di sebelah malam, setelah menikmati juadah makan malam, solat maghrib berjemaah serta membaca wazifah sughra di luar masjid (kerana ada ceramah di dalam masjid) , para peserta bergerak ke Dewan Kuliah untuk slot seterusnya iaitu Slot Thaqafah Daieyah ataupun Ilmu/Kefahaman Pendakwah yang disampaikan oleh al-fadhil Ustaz Saufi Hj. Abdullah.





Slot ini merupakan antara slot yang terpenting yang perlu digarap dan dihadam oleh mereka yang menggelar diri mereka sebagai pendakwah kepada Allah (ad-Daie ilallah), terutama golongan pemimpin.

Memetik penulisan Dr. Yusuf Al-Qaradhawi daripada bukunya Thaqafah Daieyah, tiga elemen penting yang perlu ada dalam diri sang daie adalah:

1.       Iman - core
2.       Akhlak – mencerminkan peribadi muslim
3.       Thaqafah – ilmu/kefahaman

Kemudian diadakan pula sesi perkongsian pengalaman dan pengajaran sepanjang aktiviti menziarahi pesakit-pesakit di HUSM oleh para peserta. Terlalu ramai peserta yang ingin berkongsi apa yang mereka dapat ketika menyantuni pesakit-pesakit di atas katil hospital.














Ada yang berkongsi dengan perasaan gembira, ada yang terharu dan ada yang sebak hingga hendak mengalirkan air mata. Para peserta meminta kepada semua agar mendoakan pesakit-pesakit tersebut supaya semakin sihat dan sembuh dari sakit.