Tuesday, February 9, 2010

Kembara Dakwah Ke Kuching

Assalamualaikum wmt. wbth

Moga antum semua dalam lindungan Ilahi.

Ustaz telah menerima sms dari HIKMAH Sarawak untuk mengetahui tarikh projek ini.
Saya memerlukan sokongan padu dari antum semua agar usaha printis ini mencapai kejayaan. Ini adalah kali pertama dalam sejarah pendidikan Musleh dan kami perlukan sekurang-kurangnya 26 orang nama yang mahu menyertai usaha dakwah bil hal ini.
Jika kita mendapat 26 orang maka pasukan ini akan dipecahkan kepada 2 seksen iaitu Pasukan A (13 orang) dan Pasukan B (13 orang).

Setiap pasukan akan ada 2 orang Guru (1L dan 1P) yg akan membimbing dan menyelia serta menjaga kesejahteraan antum semua.

Setiap Pasukan akan ke kampung berlainan selama lebih kurang 5 hari menjalankan usaha dakwah dan khidmat komuniti di kampung tersebut. Kemudian semua pasukan akan bergabung di kampung ke-3 bagi mengakhiri usaha dan majlis penutupan. Sebelum pulang semua pasukan perlu membuat kajian dan persembahan hasil penyelidikan dan usaha yang dijalankan agar menjadi pembelajaran dan pengajaran pada kumpulan akan datang.

Tarikh tentatif ada dua:

(a) 6-15 Mac 2010
(b) 9 -18 Mac 2010.


Tentang ongkos atau kos memang telah ditetapkan sebanyak RM600. Namun pihak kami telah menerima sokongan lisan dari pihak MGBSIM untuk mereka salurkan dana. Jadi bayaran peserta akan diminimumkan. Ustaz akan usahakan dana dari mana-mana sahaja bagi menjayakan agenda ini.

Oleh itu kami perlukan maklumat terkini hari ini dan sila buat pendaftaran kepada Akh A Rashid di talian : 0132647057 (Trainee METC) sesegera mungkin.

Sekian.

Pengarah LKD/Pengerusi Kembara Dakwah.

No comments:

Post a Comment