Tuesday, May 24, 2016

Annual General Meeting KDM Sesi 2016/2018

 



Allahu Bismik.

Alhamdulillah dan terus alhamdulillah, kerana dengan jayanya kita dapat bersama-sama menjayakan Annual General Meeting Kader Du'at Musleh kali kedua untuk sesi 2016/2018. Alhamdulillah!

Butiran AGM seperti berikut:

Tempat: Dewan besar, Kompleks IKRAM Seri Kembangan, Serdang

Tarikh (Hari): 9 April 2016 (Sabtu)

Masa: 8.30 am - 2.00 pm 

Dan alhamdulillah, ramai ahli KDM yang dapat hadir ke AGM kali ini, dan seperti adat kebiasaan, ahli KDM gen-7 yang paling ramai kerana mereka adalah generasi KDM yang baharu sahaja menamatkan Latihan Kader Du'at mereka pada bulan Februari yang lepas.

Semangat mereka, kita kongsi bersama.




 Kelihatan mantan presiden kita, akh Syafiq Yusof sedang menyampaikan ucapan pembuka majlis dengan ucapan yang padu bersama taglinenya : "Quwwah! Azhimah! Imaan!" (kami pun rasa seperti mahu aja lompat-lompat karena semangat yang teramat)

Antara pesanan ringkas beliau adalah, biarkan perkataan "Allahu ghayatuna" itu tersemat di dada dan amalkan serta pertahankannya. Ia berkaitan dengan niat kita, tujuan hidup kita yang utama!


Setelah berlalu ucapan akh Syafiq, datang pula ucapan atau taujihat daripada seorang syeikh yang amat kami hargai usaha dan pengorbanan beliau dalam IKRAM, khususnya dalam Musleh.

Tidak lain dan tidak bukan, beliau ialah Ustaz Megat. Sentiasa senyum dan ceria!

Hanya mendengar nafas beliau melalui corong pembesar suara sudah mampu menggugahkan jiwa, apatah lagi suara beliau. 

"Ana sangat kagum dengan lirik nasyid KDM. 
Walau berseorangan, walaupun kesempitan, kami tetap berjuang!" 

Tahniah alfun tahniah kepada kumpulan nasyid tersebut. Lirik memang padu!




Tayangan montaj yang disediakan oleh pihak MePhore (atau Media Informasi)

Kami tayangkan video montaj pengenalan KDM, misi dan visi serta struktur organisasi.

Semua teruja, ustaz Megat juga turut ketawa. Abang Syafiq apatah lagi, gembira dia. 



Setelah itu, kami tayangkan pula video montaj Pelancaran Tabung Dana KDM. Alhamdulillah! 




Slot perkongsian sejarah dan latar belakang cerita suka duka penubuhan Kader Du'at Musleh oleh al-akh presiden KDM itu sendiri, Syafiq Yusof yang seperti kita maklum, seorang yang qowiyy. 

"Antum jangan tunggu lamaran daripada pihak atasan untuk turun program tarbiyah, tapi antum yang tanya mereka ada atau tidak program untuk antum hadir.  
Kalau program-program debat antum boleh hadir, kenapa tak program-program tarbiyah?" 

Ok. Mendalam. 




Sesi short break diisi dengan halaqah mini atau ukhuwah corner memang corner betul-betul tepi pintu oleh ikhwah. 

Mereka berkongsi pendapat dan pandangan serta cabaran dakwah dalam kampus. Bertanya soalan kepada akh presiden, mengumpul ibrah dan pengalaman yang pernah dilalui.

Moga usaha mereka Tuhan bantu suluhkan jalan.

Fa'tabiruu! 





Lagu official Kader Du'at Musleh bersama muzik background sudah dilancarkan! 

Bertambah semangat kami mendengarnya. 

Terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam menjayakan lagu kita ini.

Mantap! 



Sesi pembentangan laporan oleh pemangku setiausaha KDM, ukht Siti Munirah.

Boleh kira sesi muhasabah juga. Menilai semula gerak kerja yang lepas oleh setiap unit. 



Alhamdulillah.

Kita semakin hampir ke penghujung majlis. Slot yang terpenting dalam AGM adalah slot pembubaran organisasi lama untuk ditukarkan ke organisasi baharu melalui sistem Pilihan Raya atas talian (online)

Sesi pembubaran organisasi Kader Du'at Musleh oleh akh Syafiq Yusof.

Ucapan akh Syafiq sedih. Huhu.




Sesi mengundi calon-calon tanzim Kader Du'at Musleh menggunakan sistem online. Lebih mudah dan cepat kerana semua peserta yang hadir dan tidak hadir boleh mengundi melalui telefon pintar dan laptop serta komputer, yang penting perlu ada internet. 

Dalam online form yang telah disediakan oleh pihak SPR, lengkap semua maklumat calon termasuklah gambar, jawatan-jawatan yang disandang serta latar belakang calon. Hebat! 

Tepat pukul 12.00 tengahari, peserta boleh mula mengundi. 





Inilah keputusan pilihan raya yang telah kami dapat. 

Alhamdulillah serta tahniah dan takziah buat pimpinan baharu yang telah mendapat kepercayaan ahli-ahli KDM! 


Alhamdulillah. 

Terima kasih kepada semua!

#AGMKDM20162018