Sunday, August 30, 2015

Gathering Akhawat 2015

Allahu Bismik.







Pada 14 Ogos 2015 yang lalu, KDM telah menganjurkan program Gathering Akhawat KDM 2.0 yang bertempat di Homestay Rawang. Program ini telah dirancang sebulan lebih awal oleh beberapa ahli jawatankuasa yang dilantik bagi melancarkan program. Program ini dianjurkan untuk mengumpulkan akhawat daripada JIL 1 hingga JIL 6 yang telah bergerak di medan masing-masing. Program ini diadakan selama 2 hari 1 malam. Pelbagai aktiviti menarik yang disediakan untuk para peserta yang hadir.

Program bermula pada jam 4.30 petang dengan persiapan barbeque oleh jawatankuasa sementara menunggu kehadiran para peserta. Barbeque diteruskan bersama-sama peserta yang hadir awal. Sambil itu, para peserta bersembang secara santai untuk mengetahui keadaan terkini masing-masing. Setelah kesemua peserta mendaftar, acara diteruskan dengan sesi taklimat oleh Ukht Afif Aliyana. Pada sesi taklimat ini, para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil bagi menjalankan acara seterusnya.

Pada sebelah malam, setelah menunaikan solat magrib dan mathurat bersama, peserta dijamukan dengan hasil barbeque dan nasi goreng. Acara diteruskan dengan tayangan movie setelah menunaikan solat isya’ berjemaah. Movie yang bertajuk “The Lorax” ini berdurasi selama 1 jam 30 minit. Ibrah dari movie ini diambil dari movie itu sendiri, “Unless someone cares, the situation will not improve”. Sebelum melabuhkan tirai hari ini, acara diteruskan dengan bacaan al-Mulk jamaie. Acara pada hari ini ditangguhkan pada jam 12 tengah malam.

Pada keesokan harinya, aktiviti dimulakan pada jam 5.00 pagi dengan qiam berjema’ie, solat subuh, mathurat dan tazkirah pagi. Sesi tazkirah diberikan oleh Ukht Khairunnajah dari JIL 1. Aktiviti diteruskan dengan 2 game ukhuwwah. Game pertama dilakukan di kawasan lapang manakala game kedua diadakan di sekitar kolam renang.

Aktiviti terakhir adalah pada pukul 10 pagi, sesi pengisian dari Mak Cik Mahiza bertajuk “Bagaimana menjadi orang yang effektif dan produktif”. Pengisian dimulakan dengan tayangan cerita pendek dari Mak Cik Mahiza. Pelbagai input dan info yang kami sebagai para peserta dapati daripada pengisian ini. Contohnya, menggunakan masa lapang dengan berkualiti, memahami kemampuan diri dan banyak lagi. Sesi pengisian diakhiri dengan bergambar bersama-sama.


Program berakhir setelah tamatnya sesi pengisian dan bergambar bersama. Walaupun ada sedikit kekurangan, Alhamdulillah, program ini dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. Bilangan kehadiran peserta juga adalah seperti yang dijangka. Diharapkan program ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.  


Sunday, August 23, 2015

I'dad Du'at 2015

Allahu Bismik.




Alhamdulillah.
Thummalhamdulillah.

Program I'dad Du;at telah berjaya diadakan pada 31 Julai - 2 Ogos 2015 di Pusat Pendidikan Al-Islah, Sg, Petani, Kedah. 

Pesertanya terdiri dikalangan pelajar tingkatan 5 yang 'terpilih' dan mempunyai potensi yang hebat untuk menjadikan Islam sebagai ustaziatul 'alam. 


Jadi, objektif-objektif yang hendak dicapai adalah:

1. Memberi pendedahan kepada para pelajar yang terpilih mengenai perkara asas perihal gerak kerja dakwah.

2. Memberi semangat serta memotivasikan kepada para pelajar agar bersemangat untuk menggerakkan usaha-usaha dakwah menuju ke arah perubahan yang mereka perlu laksanakan.

3. Memberi panduan kepada para pelajar untuk merancang gerak kerja dakwah yang boleh serta sesuai untuk mereka laksanakannya.

Mereka ini mempunyai potensi yang sangat hebat dari kaca mata dakwah dan tarbiyah, kerna itu, persediaan (i'dad) ini dikhususkan untuk mereka agar potensi itu dipandu ke arah yang benar dan sesuai, agar akhirnya setiap daripada mereka menjadi daie yang benar-benar beriman dengan dakwah dan tarbiyah yang dibawa dan diberi kepada manusia lain. 
 ***
Kerna mereka ini akan bertebaran di muka bumi tidak lama lagi. 

Moga dengan hadirnya program ini, jadilah mereka pulau-pulau di tengah-tengah lautan masyarakat yang tertidur lena dibuai mimpi. 

Jutaan terima kasih buat mereka yang telah menjayakan dan memeriahkan program ini. Tahniah!

Kesimpulan Keseluruhan:

Diharapkan agar program tahunan ini dapat memberikan pengalaman yang bermanfaat kepada peserta yang terlibat dalam dakwah dan tarbiah di sekolah dan akan datang. Mudah-mudahan dengan segala perkongsian ilmu, pengalaman beraktiviti, serta perkongsian bersama KDM mampu meningkatkan kualiti peserta sebagai dai’ akan datang dan mencapai objektif program.