Wednesday, February 3, 2010

Konvensyen Tahunan Musleh '09 Dibatalkan

Assalamualaikum wmt wbth

InsyaAllah pihak Musleh akan menganjurkan satu Konvensyen Tahunan Musleh '09 yang terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tidak dielakkan.

InsyaAllah KTM 09 ini akan disatukan dengan KTM '10 yang akan diadakan pada 18 Disember 2010. Pihak kami memohon maaf kepada semua di atas keputusan ini.

KTM ini bertujuan memaparkan pencapaian Musleh dan jaringan sekolah-sekolah di bawahnya dalam pendidikan Islam di dalam dan luar negara. Ianya juga bagi merapatkan saf dan ukhuwwah Islamiah sesama warga Musleh.

Bagi maklumat lanjut sila lawati blog rasmi: http://konvensyentahunanmusleh.blogspot.com

Sehubungan dengan itu Saya Selaku Setiausaha Musleh yang diamanahkan sebagai Pengarah KTM'09 memerlukan sukarelawan LKD dari sekitar Lembah Kelang bagi membantu JK Pelaksana menjayakan agenda ini.

Setakat ini Pengarah LKD telah dibantu oleh Akh Abd Rashid dan Akh Amin dari lepasan Al-Amin Gombak salah seorang peserta LKD kita. Sepanjang program KTM ini kami memerlukan pembaca Al-Quran, MC, Penasyid, Bhg Pendaftaran, Penyambut tetamu dll.

Jika antum berminat membantu sila berikan nama kepada Abd Rashid di talian HP 0132647057 atau kepada Ustaz sendiri : 013 275 8565

Saya juga menjemput semua Peserta LKD samada yang ingin menjadi sukarelawan atau ingin menjadi peserta turut memeriahkan KTM 09 ini.

Sekian dulu, wassalamualaikum wmt.

Pengarah LKD

1 comment:

  1. Salam'alaik.
    Sukarelawan yg diperlukan adakah ikhwah sahaja atau akhawat sekali?

    Syukran.
    Wassalam

    ReplyDelete