Sunday, August 30, 2015

Gathering Akhawat 2015

Allahu Bismik.







Pada 14 Ogos 2015 yang lalu, KDM telah menganjurkan program Gathering Akhawat KDM 2.0 yang bertempat di Homestay Rawang. Program ini telah dirancang sebulan lebih awal oleh beberapa ahli jawatankuasa yang dilantik bagi melancarkan program. Program ini dianjurkan untuk mengumpulkan akhawat daripada JIL 1 hingga JIL 6 yang telah bergerak di medan masing-masing. Program ini diadakan selama 2 hari 1 malam. Pelbagai aktiviti menarik yang disediakan untuk para peserta yang hadir.

Program bermula pada jam 4.30 petang dengan persiapan barbeque oleh jawatankuasa sementara menunggu kehadiran para peserta. Barbeque diteruskan bersama-sama peserta yang hadir awal. Sambil itu, para peserta bersembang secara santai untuk mengetahui keadaan terkini masing-masing. Setelah kesemua peserta mendaftar, acara diteruskan dengan sesi taklimat oleh Ukht Afif Aliyana. Pada sesi taklimat ini, para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil bagi menjalankan acara seterusnya.

Pada sebelah malam, setelah menunaikan solat magrib dan mathurat bersama, peserta dijamukan dengan hasil barbeque dan nasi goreng. Acara diteruskan dengan tayangan movie setelah menunaikan solat isya’ berjemaah. Movie yang bertajuk “The Lorax” ini berdurasi selama 1 jam 30 minit. Ibrah dari movie ini diambil dari movie itu sendiri, “Unless someone cares, the situation will not improve”. Sebelum melabuhkan tirai hari ini, acara diteruskan dengan bacaan al-Mulk jamaie. Acara pada hari ini ditangguhkan pada jam 12 tengah malam.

Pada keesokan harinya, aktiviti dimulakan pada jam 5.00 pagi dengan qiam berjema’ie, solat subuh, mathurat dan tazkirah pagi. Sesi tazkirah diberikan oleh Ukht Khairunnajah dari JIL 1. Aktiviti diteruskan dengan 2 game ukhuwwah. Game pertama dilakukan di kawasan lapang manakala game kedua diadakan di sekitar kolam renang.

Aktiviti terakhir adalah pada pukul 10 pagi, sesi pengisian dari Mak Cik Mahiza bertajuk “Bagaimana menjadi orang yang effektif dan produktif”. Pengisian dimulakan dengan tayangan cerita pendek dari Mak Cik Mahiza. Pelbagai input dan info yang kami sebagai para peserta dapati daripada pengisian ini. Contohnya, menggunakan masa lapang dengan berkualiti, memahami kemampuan diri dan banyak lagi. Sesi pengisian diakhiri dengan bergambar bersama-sama.


Program berakhir setelah tamatnya sesi pengisian dan bergambar bersama. Walaupun ada sedikit kekurangan, Alhamdulillah, program ini dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. Bilangan kehadiran peserta juga adalah seperti yang dijangka. Diharapkan program ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.  


Sunday, August 23, 2015

I'dad Du'at 2015

Allahu Bismik.




Alhamdulillah.
Thummalhamdulillah.

Program I'dad Du;at telah berjaya diadakan pada 31 Julai - 2 Ogos 2015 di Pusat Pendidikan Al-Islah, Sg, Petani, Kedah. 

Pesertanya terdiri dikalangan pelajar tingkatan 5 yang 'terpilih' dan mempunyai potensi yang hebat untuk menjadikan Islam sebagai ustaziatul 'alam. 


Jadi, objektif-objektif yang hendak dicapai adalah:

1. Memberi pendedahan kepada para pelajar yang terpilih mengenai perkara asas perihal gerak kerja dakwah.

2. Memberi semangat serta memotivasikan kepada para pelajar agar bersemangat untuk menggerakkan usaha-usaha dakwah menuju ke arah perubahan yang mereka perlu laksanakan.

3. Memberi panduan kepada para pelajar untuk merancang gerak kerja dakwah yang boleh serta sesuai untuk mereka laksanakannya.

Mereka ini mempunyai potensi yang sangat hebat dari kaca mata dakwah dan tarbiyah, kerna itu, persediaan (i'dad) ini dikhususkan untuk mereka agar potensi itu dipandu ke arah yang benar dan sesuai, agar akhirnya setiap daripada mereka menjadi daie yang benar-benar beriman dengan dakwah dan tarbiyah yang dibawa dan diberi kepada manusia lain. 
 ***
Kerna mereka ini akan bertebaran di muka bumi tidak lama lagi. 

Moga dengan hadirnya program ini, jadilah mereka pulau-pulau di tengah-tengah lautan masyarakat yang tertidur lena dibuai mimpi. 

Jutaan terima kasih buat mereka yang telah menjayakan dan memeriahkan program ini. Tahniah!

Kesimpulan Keseluruhan:

Diharapkan agar program tahunan ini dapat memberikan pengalaman yang bermanfaat kepada peserta yang terlibat dalam dakwah dan tarbiah di sekolah dan akan datang. Mudah-mudahan dengan segala perkongsian ilmu, pengalaman beraktiviti, serta perkongsian bersama KDM mampu meningkatkan kualiti peserta sebagai dai’ akan datang dan mencapai objektif program.


Wednesday, July 22, 2015

Sekilas Tentang Gathering KDM (Ikhwah)

Allahu Bismik.




Pada 10 (Jumaat) dan 11 (Sabtu) haribulan Julai yang lepas, pihak ikhwah telah mengadakan Gathering KDM antara ikhwah sahaja, terbuka kepada semua Jil/Generasi, iaitu daripada Jil 1 hinggalah Jil 6.

Program ini telah dirancang rapi selama lebih kurang dua bulan tempohnya. Dibawah naungan pengarah yang berwibawa, Akhuna Syafiq Akram, serta dibantu oleh JK-JK yang lain agar program berjalan dengan lancar dan sistematik.

Untuk bilangan ikhwah yang hadir, boleh dihitung dengan jari. Ada yang hadir separuh hari, ada yang hadir sepenuhnya program, maka bilangan ikhwah yang hadir adalah tidak tetap.

Secara puratanya = 15 orang

dan bertempat di Pejabat IKRAM Wilayah Persekutuan.


Aktiviti-aktiviti yang dijalankan:


Tadabbur & Ta'aruf




Pada mulanya, hanya beberapa sahaja yang hadir. Program ini dimulakan dengan menyediakan pejabat untuk menyambut ikhwah, seterusnya majlis dimulakan dengan sedikit ta'aruf dan sesi perkongsian medan amal masing-masing.

Setelah selesai solat asr, bermulanya sesi mentadabbur ayat-ayat chenta daripada Allah, iaitu sekitar ayat-ayat yang bercerita tentang Ramadhan dan penurunan Al-Quran. Dan waktu itu, bilangan ikhwah meningkat mencecah belasan.

Setelah itu, diadakan pula sesi untuk berta'aruf ringkas antara satu sama lain. Waktu itu semuanya senyum dan malu-malu kucing.



 Ifthor & Solat Maghrib




Sesi ta'aruf dengan lebih mendalam diteruskan lagi sehinggalah tiba waktu untuk berbuka puasa. Pada mulanya dianggarkan bilangan ikhwah yang akan hadir adalah seramai 50 orang, jadi JK Makanan telah memesan 50 set makanan. 

Namun, hanya belasan sahaja yang hadir, jadi makanan yang lebih dibawa kepada moreh dan sahur, serta diberikan kepada qariah masjid Mu'az bin Jabbal.

Dimulakan ifthor dengan makanan ringan, kemudian solat Maghrib berjemaah di pejabat IKRAM. Setelah itu, barulah menjamu makanan berat yang sangat lazat!



Tarawih & Tazkirah

Setelah selesai berbuka dan berkhidmat diri, ikhwah mula bergerak ke Masjid Mu'az bin Jabbal dan solat Isya' serta tarawih lapan rakaat berjemaah di sana. 



Alhamdulillah. 

Selesainya solat Isya' dan Tarawih, ikhwah dihidangkan dengan slot tazkirah style forum yang dikupas lain daripada yang lain, serta memberi tusukan di hati untuk beramal dan tidak bermalasan. 

Tajuk tazkirah: Ramadhan dan Kader Da'wah

Penyampai: Ustaz Mazrul

Beliau mengupas topik itu dengan penuh berilmu dan fikirannya yang luar daripada kotak.

Antara point menarik yang dibahaskan adalah:

***
Bulan Ramadhan ada aktiviti-aktiviti tarbiyah yang telah disusun oleh Allah seperti itikaf di masjid, bertadarus AlQuran dan bersedaqah. Kita sebagai pendakwah, jika hendak menyusun sesuatu program atau aturcara, hendaklah mengikut aktiviti-aktiviti Ramadhaniyyah tersebut. 

Pada 10 malam yang terakhir, sepatutnya itikaf dan lailatul qadr itu yang diburu. Jangan terlalu asyik berusrah, pum pang pum pang cerita tentang islam tapi tahajjud ditinggallkan, AlQuran diabaikan. 
Ayuh kita refleksi diri. 
***



Sahur & Subuh

Lebih kurang pukul 4, ikhwah menggagahkan diri untuk bangun, menghiasi malam dengan solat sunat, bertilawah dan mengingati Allah.

Kemudian mengambil sahur di masjid, iaitu makanan-makanan yang lebih yang dipesan oleh JK Makanan program. Orang lain juga turut mengambilnya. Moga ada sahamnya di situ.

Mendirikan solat subuh berjemaah, kemudian pulang semula ke pejabat untuk sesi muhasabah yang penuh khusyu' serta khidmat diri.

'Ala kulli haal,
Alhamdulillah.

Saturday, May 9, 2015

Latihan Kader Du'at Generasi Ke-6

Allahu Bismik.

Al-Amin Bangi


Pendaftaran & Pembelian tiket penerbangan ke Medan (online)


Malam itu, peserta mengadakan sesi saling kenal-mengenali antara satu sama, pecahkan segala tembok yang ada.

Kerna tak kenal, maka Ta'aruf!








Hari esoknya, peserta mengadakan explorace sekitar Kuala Lumpur. Berbekal tenaga dan kerjasama yang padu, mereka mampu menghadapi dan menyelesaikan segala checkpoint yang ada.










Malam itu pula, peserta mengadakan perbincangan dan pembentangan tentang aktiviti explorace yang telah mereka lalui.

Juga pada malam itu, pemilihan Amir KDM 6 diadakan. Tahniah dan takziah diucapkan kepada Akh Yusuf Zamani kerana telah berjaya mendapat undian majoriti daripada peserta. Moga dapat menjalankan segala amanah yang diberi dengan sempurna dan penuh dedikasi. Syabas!






Pagi esoknya pula, peserta mempersiapkan diri untuk berangkat ke Impian Country Resort (ICR) yang terletak di Hulu Langat, untuk program-program seterusnya.





Impian Country Resort (ICR)

Setelah sampainya peserta di ICR, mereka mendengar sedikit taklimat tentang perjalanan program.
Sejurus sahaja selesai taklimat, para peserta dihidangkan dengan slot pertama, iaitu overview Usul 20, yang akan dikupaskan lebih mendalam pada hari-hari yang seterusnya.





Di ICR, dorm disediakan untuk para peserta rehat, khidmat diri dan tidur. 






Usul 20 disampaikan oleh graduan Universiti Iman, Yaman, Ustaz Syazalie. Setiap usul dibedah dengan penuh teliti dan mendalam, selama lebih kurang tiga hari. 




Setiap kali selepas maghrib dan subuh, para peserta akan disajikan dengan tazkirah-tazkirah daripada kalangan mereka sendiri. 




Para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan, dan setiap kumpulan ada tugasannya. Seperti gambar-gambar di bawah, setiap kumpulan akan menyediakan makanan apabila tiba gilirannya.









Apabila makanan sudah siap dimasak, setiap kumpulan akan makan berjemaah di dalam dulang. Baru romantik.









Para peserta, masing-masing menjaga amal-amal rohani seperti mathurat, qiamullail, dan solat-solat fardhu serta sunat. 






Para peserta dibekalkan dengan tenaga fasilitator yang cukup ramai dan peramah, senang untuk diajak bergaul dan bergurau. 








Setiap kali sebelum memulakan slot, peserta akan menyanyikan lagu tema dan melaungkan army yell, supaya lebih semangat mendengar slot yang akan disampaikan.




Para peserta begitu fokus dalam mendengar slot, rajin mencatat sebarang nota dan rajin juga bertanya soalan. 







Jaulah ke Bumi Medan, Indonesia

Pada minggu kedua, alhamdulillah para peserta telah mengadakan jaulah yang hebat di bumi Medan, Indonesia. Namun, sebilangan kecil daripada peserta LKD 6 tidak dapat menyertainya kerana ada hal-hal tertentu yang perlu dipenuhi haknya.

Kami bertolak awal pagi dan sampai juga pada waktu pagi di sana, disambut dengan penuh mesra dan kasih sayang oleh ikhwah dan akhawat Medan.

Majlis Pembukaan oleh wakil-wakil daripada pihak Malaysia dan Indonesia, serta sedikit taujihat daripada mereka.


Slot materi yang membara pada malam-malam di tempat penginapan (DIKLAT)





Sesi qiamullail, solat subuh dan tazkirah.





Para peserta diberi peluang untuk menziarahi sekolah Al-Fityan










Sesi ziarah ke ST Juara - sekolah anak-anak yang faqir, miskin dan yang sewaktu dengannya. Dibiayai oleh badan zakat.




Mukhayyam di Sibolangit




Antara aktiviti peserta sepanjang mukhayyam di Sibolangit. 

Qowiyyul Jism!




Aktiviti explorace yang sungguh menguji dan menyeronokkan. Setiap checkpoint, ada cabaran, dan di hujungnya ada ibrah yang indah.









Setiap pagi, awal pagi, sebelum peserta memulakan sebarang aktiviti berat, mereka akan menjalankan senaman Indonesia bersama Mas Eko.



Sesi fotografi bersama sebelum menamatkan mukhayyam di Sibolangit.




Inilah para fasilitator yang bertugas. Begitu tinggi hammasah mereka membantu menjayakan program-program di Medan.




Jaulah Mini ke Gunung Berapi Sinabung

Setelah berpenat-lelah bermukhayyam di Sibolangit, para peserta pergi mencuci mata dan hati dengan melihat salah satu ciptaan Allah yang hebat, iaitu Gunung Berapi Sinabung, yang pernah meletus beberapa kali.





Para peserta dibawa menziarahi kampung-kampung penduduk di sekitar gunung berapi tersebut, dan mereka berpeluang untuk bermain volley ball bersama remaja-remaja di sana.



Setelah itu, para peserta dibawa ke bandar Brastagi untuk rehat, mengalas perut, dan membeli-belah hadiah dan cenderamata untuk dibawa pulang ke tanah air, Malaysia.




Ada hari di Kota Medan, peserta memenuhi jemputan Ikhwah Akhawat Indonesia untuk menziarahi istana Gabenor Sumatera Utara, namun, Gabenor tidak dapat hadir kerana ada mesyuarat bersama Presiden Indonesia, Joko Widodo. 

Walau apa pun, isteri gabenor sendiri yang menjadi wakilnya untuk menyambut peserta.



Sesi fotografi bersama sebelum pulang ke tempat penginapan





Majlis penutup yang begitu menyedihkan.







Majlis Penutup di Al-Amin Bangi

Pada hari yang terakhir dalam tiga minggu berjalannya Latihan Kader Du'at untuk generasi ke-6, maka tiba pula majlis penutup yang diadakan di Sekolah Menengah Islam Al-Amin Bangi.




Sekolah Menengah Islam Hidayah

Sekolah Menengah Islam Al-Amin Bangi

Sekolah Menengah Al-Islah, Sg. Petani


Sekolah Menengah Islam Al-Amin, Kemaman