Saturday, February 13, 2010

Imam Hassan Al-Banna; Tokoh Gerakan Islam yang syahid


Gerakan Islam Ikhwanul Muslimun diasaskan oleh Imam Hassan Al-Banna (lahir 1906, Buhairah, Mesir) bersama 6 sahabatnya pada Mac 1928 atau pada bulan Dzulkaedah 1347H di Ismailiyyah. Pada waktu itu Egypt sedang dijajah oleh Inggeris dan empat tahun selepas kejatuhan Khilafah Utsmaniyyah di Turki pada tahun 1924. Suasana Mesir ketika itu penuh dengan berbagai peristiwa antara kelemahan umat, kemiskinan ekonomi, kelesuan ulamak dan munculnya aliran Tariqah Sufi yang hanya mementingkan kesucian jiwa dan melupakan penindasan yang berlaku ke atas umat Mesir dan dunia Islam amnya.

Menubuhkan kumpulan ini selepas takrif dan tanbih. Berkembang ke Kaherah, Palestin (1936), Syria (1930), Sudan, Yemen, Iraq…

Pada tahun 1948, sebanyak 2000 cawangan (syukbah) dengan 500,000 ahli seluruh Mesir

Imam Al-Banna pernah melawat 21 buah pekan/kampung dalam masa 7 hari dengan menaiki tren dan keretapi kelas 3 sahaja. Beliau amat mengasihi umat dan mencintai mereka dan kerapkali bersalaman dengan setiap orang yang dijumpai dan mengingati nama-nama mereka. Beliau masih tetap bangun malam meskipun telah habis berceramah dan bertemu orang ramai. Sehabis ber jaulah dia akan sampai pada waktu subuh dan kemudiannya masuk ke sekolahnya dan mengajar tepat pada masanya.

Pada setiap minggu beliau kerap melakukan katibah bersama pengikutnya. Dan mereka bangun bertahajjud, membaca Al-Quran dan hanya tidur di atas tanah sebagai latihan kesukaran.

Pada setiap hari Selasa pula beliau mengadakan taujihat yang lebih dikenali sebagai 'Hadith As-Thulasa'". Di sini beliau menasihati orang ramai makna-makna dan hakikat agama yang menyentuh hati-hati mereka dan memberi petunjuk kepada jalan yang bersih berasaskan Kitabullah dan Sunnah RasulNya.

Sikapnya yang tegas dan jelas terhadap Isu Palestin dan keberanian beliau mengirim para pejuang Ikhwan ke medan jihad di Palestin mengundang musuh dunia barat dan Israel. Satu contoh dari keberanian murid beliau dan Muraqib Am Ikwan Muslimin di Syria yang pertama, Dr Mustaffa As Sibai dalam jihad di Palestin ialah seperti berikut. Ketika waktu malam di Palestin, kelihatan satu kelompok mujahidin datang membantu para sukarelawan Palestin. Ketika mereka sedar yang hadir membantu mereka ialah Ustaz Dr Mustafa Sibaie, mereka meminta agar Ustaz Mustafa berlindung di balik dinding batu. Namun apakah ungkapan Ustaz Mustafa? " Aku kemari bukan untuk berlindung di baling tembok, akan tetapi aku kemari bagi mendapat kesyahidan!". Itu lah kualiti murid-murid Imam Hassan Al-Banna.


Beliau syahid pada 12 Feb 1949 oleh peluru yang penjenayah yang tidak dikenali. di hadapan Pejabat Syubbanul Muslimin. Tubuhnya yang luka parah dibiarkan sahaja oleh para Dr atas perintah pihak keselamatan Mesir hinggalah beliau syahid. Kesyahidannya ditangisi jutaan muslimin seluruh dunia dan hilanglah umat akan mutiara paling berharga dalam sejarah dunia Islam moden.

Satu ungkapan beliau yang masih ku hafaz.." Kuunu maannas kal syajar, yarmunahu bil hajar wayarmihim bis thamar au bithimar". "Jadi lah kamu seperti sepohon pokok yang rendang lagi berbuah. Orang melempar dengan batu, namun pokok itu memulangkannnya dengan buah-buahan" . Itulah sikap Para Pendakwah. Selalu disakiti hati dan perasaaanya dengan ucapan dan tindakan.

Namun Para Dai sangat bersabar dan meskipun ditohmah atau disakiti dia sering memulangkan sikap dan pendirian yang mulia dan tegar. Bersikap baik dan terus memberi kebaikan buat umatnya. Seringkali pula dia mencontohi Nabinya yang berdoa di tengah luka-luka di tubuhnya yang suci ' Allhumahdi qaumi fainnahum la yaklamun." Wahai Tuhanku, berilah petunjuk buat kaumku, sesungguhnya mereka adalah disebabkan mereka tidak mengetahui akan kebenaran".

Pengarah LKD

No comments:

Post a Comment