Friday, March 19, 2010

Keputusan SPM dan Pemilihan Masa Depan

Assalamualaikum wmt wbth.

Rasanya belum lewat bagi saya mengucapkan tahniah kepada semua yang telah menerima keputusan SPM 2009. Hilanglah keraguan dan datanglah kejelasan. Dengan keputusan ini anda semua boleh membuat perancangan masa depan. Bagi yang cemerlang janganlah terlalu gembira kerana dunia di IPT adalah amat berbeza. Ada yang terus cemerlang dan ada juga yang tidak berapa berjaya kerana suasana dan disiplin serta suasana yang berbeza. Bagi yang kurang cemerlang janganlah rasa sedih kerana pasti ada hikmahnya. Jadikan ianya satu pembakar semangat bagi mencipta kejayaan di masa hadapan.

Pemilihan kursus amatlah penting. Anda mesti memilih antaranya:-
(a) Sesuai dengan keputusan
(b) memenuhi syarat universiti
(c) Anda memang sangat berminat dan berkemampuan

Terdapat banyak pilihan. Bagi yang ingin ke Timur Tengah jangan lupa membuka website
www.mohe.gov.my yang menawarkan kursus perubatan/syariah ke Mesir/Jordan dll.
Tarikh tutup permohonan ialah 15 Mei 2010.

Bagi yang ingin ke Timur Tengah anda perlu:- (Satu salinan terjemahan RM100.00)
(a) Membuat terjemahan sijil SPM anda di Pusat Terjemahan Negara (Setiawangsa)sila cek di laman web.
(b) Cabutan Sijil Lahir (ambil di Pejabat Pendaftaran Negara KL )
(c) Lain-lain (sila ikut arahan dalam borang)

Semua sijil yang telah diterjemah (memakan masa seminggu) perlu pula mendapat cop dari Kementerian Luar negara/Wisma Putra di Putrajaya (sekitar RM10 satu cop)

Terdapat bidang-bidang utama yang patut anda pertimbangkan bagi pembinaan sebuah negara pada masa depan. Antaranya Undang-Undang (UIA,UKM,UM, UITM, USIM, Syariah & Usuluddin, Ekonomi, Sastera, Sains Politik, Sejarah, Sains Kemanusiaan dll) Bidang ini juga amat penting selain kedoktoran, kejuruteraan dll.

Anda juga boleh menyambung terus ke STAM (tarikh tutup 31 Mac 2010)
atau menyambung STPM di mana sekolah asrama penuh spt KISAS.

Moga anda semua membuat pilihan yang tepat dan segala usaha dan cita-cita anda diredhai Allah SWT.

Pengarah LKD

No comments:

Post a Comment