Di Broga |
Bertempat
di Sekolah Menengah Al-Amin, Bangi, Program Gathering Akhawat Kader Duat Musleh
(KDM) berjaya mengumpulkan lebih kurang 32 peserta yang terdiri daripada 20
orang akhawat lepasan program Latihan Kader Du’at (LKD) dan 12 orang akhawat
UNITEN. Program yang telah dilaksanakan pada 23 hingga 25 Ogos 2013 ini telah
diatur bagi mengeratkan ukhuwah di samping pemurnian fikrah islamiyah.
Sedikit berbeza dengan gathering sebelum ini, program kali
ini berkonsepkan outdoor. Bermula selepas isya’, 23 Ogos, para peserta diberi
pengisian ‘Set Kompas’ oleh Ukht Izyana Mohd Hariffin, yang mengupas berkenaan
usrah dan tarbiyah.
Usai mengerjakan qiam, para peserta mula bergerak ke Bukit
Broga. Para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan, di mana setiap
kumpulan diberi satu lampu suluh dan naskhah Al-Quran. Turut disertakan wajibat
menghafaz beberapa dalil Al-Quran* sepanjang pendakian. Para peserta
berpeluang mengerjakan solat subuh berjemaah di platform kedua, Bukit Broga,
selain mendengar tazkirah oleh Ukht Hanisah berkenaan ‘Kebesaran Ciptaan Allah’
di puncak bukit. Mereka bergerak pulang ke Sekolah Menengah Al-Amin setelah
mengerjakan solat Dhuha.
Selepas itu, mereka diberikan pengisian berkisar muqaddimah
Usul 20, oleh Ukht Izyana Mohd Hariffin. Mereka dikehendaki berbincang dalam
kumpulan dan melakukan pembentangan berkenaan usul pertama, kedua dan ketiga.
Kemudian, mereka bergerak ke rumah salah seorang akhawat (Ukht Farhana Sazali)
untuk menghadiri majlis, sebelum membuat persiapan barbeque pada waktu petang.
Selepas Subuh (25 Ogos 2013), Ukht Hanan Hamidon berkongsi
berkenaan surah Fussilat, ayat 30-38, di mana ayat ini menekankan konsep sabar.
Program bersurai sebelum Zuhur.
Adalah diharapkan bahawa segala input yang diperoleh
sepanjang program berjaya dihadam dan seterusnya, dibumikan sebagai amal.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program gathering ini.
Semoga Allah meredhai segala usaha kita, sebagaimana yang disebut dalam surah
Al-Bayyinah, ayat 8;
“Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat
tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekalah mereka
di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta
bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk
orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.”
*Ayat-ayat yang menjadi wajibat adalah seperti berikut:-
(49:12)
(3:103)
(53:9)
(8:63)
(26:75-82)
(20:29-35)
(14:24-25)
No comments:
Post a Comment