Susulan daripada Retreat pada Mac 2012, Kader Duat Musleh (KDM) mengadakan Retreat pada 13-14 Julai 2013. Bertempat di Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH), Johor, mesyuarat agung kali ini dihadiri oleh ahli KDM.
Dimulakan
dengan taujih daripada Pengetua SMIH, Ustazah Fauziah Ab Salam. Kemudian, Amir
KDM, Akh Abdullah Zubayr Mohd Aizaini berkongsi berkenaan Amal Islami Muntij.
Fokus
Retreat KDM kali ini adalah untuk memurnikan gerak kerja di samping
menambahbaik kualiti KDM secara keseluruhan.
Turut dibincangkan hala tuju KDM, bidang kerja serta kemas kini nama
Mas'ul kawasan. Bagi menjamin amal yang muntij, ahli Sekretariat KDM juga telah
sepakat bahawa fokus KDM selepas ini ialah KDM, Latihan Kader Duat (LKD) dan
Sekolah-sekolah Musleh.
Jazakumullahhu
khairan kathira kepada semua yang menjayakan Retreat KDM. Mudah-mudahan, dengan
usaha yang sedikit, disusuli dengan niat yang ikhlas, Allah akan mengiranya
sebagai amal.
No comments:
Post a Comment