Friday, February 24, 2017

Latihan Kader Du'at 8: Cerita Kami






Allahu Bismik.




Pejam celik pejam celik, sudah lapan generasi yang telah berjaya melalui Latihan Kader Du'at. Begitu pantas masa berlalu meninggalkan kita, dan moga setiap masa yang berlalu itu benar-benar kita manfaatkan sebaiknya.

Semakin bertambah ahli keluarga Kader Du'at Musleh, dan apa yang kita harapkan daripada ini adalah bertambahnya juga para penyeru kepada Tuhan yang benar-benar memahami risalah perjuangan ini.

Semuga Tuhan menerangi jalan-jalan kita,
dan mempermudahkan segala urusan-urusan kita.

Di bawah ini ada kronologi ringkas tentang perjalanan Latihan Kader Du'at Musleh generasi ke-8, yang diadakan di Sekolah Al-Amin Bangi, Kingfisher Camp, Hulu Langat dan juga Medan, Indonesia dari 14 Januari 2017 hingga 4 Februari 2017.

MINGGU PERTAMA

14 JAN 2017

Pendaftaran bermula pukul 8 pagi sehingga zohor.

Selepas zohor semua peserta berkumpul di surau al-amin bangi untuk taklimat program oleh Akh Hanif Mazlan, jk program LKD 8. Diikuti dengan slot mindsetting yang disampaikan oleh Akh Syafiq Yusof, jk bahan LKD 8.

Setelah itu, peserta ikhwah dan akhawat diasingkan untuk sesi ice breaking dan pembahagian kumpulan.

Selepas solat maghrib berjemaah dan ma’thurat adalah sesi tazkirah (sesi berasingan ikhwah dan akhawat). Tazkirah bertajuk ukhuwwah disampaikan oleh fasi menekankan kepentingan ukhuwwah islamiah dan peranan ukhuwwah dalam kehidupan dakwah dan tarbiyah.

15 JAN 2017

Aktiviti explorace di sekitar kuala lumpur sepanjang hari.

Merapatkan lagi ukhuwah antara ahli kumpulan dan memecahkan lagi kekakuan sesame mereka.
Semua pulang kepenatan, kumpulan terakhir sampai sewaktu maghrib.

Selepas makan malam dan solat isyak berjemaah, peserta dikumpulkan sebentar untuk sesi pilihanraya memilih amir dan amirah LKD 8. Selepas mengundi peserta dilepaska untuk berehat.

16 JAN 2017

Selepas subuh peserta bersiap-siap untuk berangkat ke Kingfisher Campsite, Hulu Langat.

Setiba di kingfisher peserta diberi masa sehingga zohor untuk khidmat diri dan mengemas barang dalam dorm masing-masing.

Seusai solat zohor, bermulalah slot pengisian pertama “kepentingan system usrah dan tarbiyah” oleh Dr Saif.

17 JAN 2017

Sambungan slot Dr Saif sehingga malam. Berakhir dengan recap “perlu ke usrah?”. Peserta diberi kefahaman yang jitu tentang kepentingan usrah dan tarbiyah dengan hujah yang kukuh.

18 JAN – 21 JAN 2017

Pembentangan usul 20 drpd ust syazalie, diakhiri dengan quiz usul 20 yang dijawab peserta dalam kumpulan.

Malamnya diisu dengan slot ringan iaitu bedah movie ‘BABY’ utk dikaitkan dgn usul 20.

22 JAN 2017

Peserta diberi masa untuk mengemas barang persiapan ke Medan dengan mengasingkan barang-barang yang ingin ditinggalkan di kem dalam satu dorm.

Selepas zohor adalah slot persembahan usul 20 dari setiap kumpulan. Peserta mempersembahkan mengikut tugasan yang telah diberikan.

Sebelum tidur, peserta diberi mindetting dan taklimat persiapan jaulah ke Medan.

23 JAN 2017

Bertolak ke airport seawal 3 pagi dan menaiki pesawat ke Medan selepas subuh.

***

MINGGU KEDUA

23 JAN 2017

Tiba di airport Kuala Namu, Medan. Disambut oleh ikhwah akhawat Medan dan dibawa menaiki bas ke tempat penginapan, BPPAUDIKMAS.

Selepas sedikit taklimat dan pembahagian kumpulan, peserta dilepaskan untuk berehat sehingga zohor.

Peserta berkumpul di dewan untuk makan dan mendengar pengisian “erti ukhuwwah sebenar” oleh Ustaz Surianda.

Malamnya ikhwah akhawat Medan mengadakan majlis sambutan buat peserta LKD 8 dan sesi mentoring bersama fasilitator Medan. Peserta diberi sedikit taklimat untuk perjalanan program esok hari sebelum balik ke bilik masing-masing.

24 JAN 2017

Berkungjung ke SD Juara, sebuah sekolah hasil inisiatif PKS Indonesia untuk menampung pendidiakan anak-anak yatim dan fakir miskin dengan memberikan pendidikan percuma. Peserta LKD 8 hadir bagi menghiburkan pelajar disana disamping mengambil ibrah kehidupan daripada nasib anak-anak ini.

Selepas zohor, menziarahi Al-Fityan School dan peserta bersukan bersama-sama pelajar di al-fityan bagi menjalin ukhuwwah dengan mereka.

25 JAN – 27 JAN 2017

Bertolak ke Sibo Langit seawal 2 pagi dan tiba pada waktu subuh.

Bermula mukhayyam tarbawi selama 3 hari 2 malam di Sibo Langit.

Peserta menjalani pelbagai aktiviti-aktiviti yang menguji stamina dan melatih disiplin diri. Banyak yang dipelajari sepanjang mukhayyam ini, antaranya ialah asas pertahanan diri.

Mukhayyam tarbawi ini diakhiri dengan pendakian Gunung Sibayak, gunung tertinggi di Sumatera Utara. Pelbagai cabaran dan kepayahan dilalui peserta sepanjang pendakian namun akhirnya mereka berjaya tiba di puncak setelah hamper 5 jam pendakian.

Sungguh pengalaman yang sangat berharga dilalui peserta sepanjang mukhayyam tarbawi ini, harapnya memberi kesan yang baik kepada peserta dan akhirnya menjadikan mereka du’at yang kuat menghadapi tribulasi yang mendatang dalam jalan dakwah ini.

Tiba semula di tempat penginapan di Medan waktu maghrib. Peserta yang kepenatan diberi rehat malam itu.

28 JAN 2017

Pagi itu, menziarahi tokoh PKS Indonesia, Ustaz Hidayatul.

Selepas selesai sesi taujihat dari Ustaz, bertolak ke Universiti Sumatera Utara.

Peserta diberi pengisian mengenai dakwah kampus dan kemudian diberi masa bersama ikhwah akhawat USU berbual-bual sambil diberi tour mengelilingi kampus.

Malamnya diadakan majlis penutup sempena malam terakhir di Medan.

29 JAN 2017

Hari terakhir di Medan, peserta diberi peluang membeli belah di sekitar Bandar Medan sebelum bergerak ke Airport.

Menaiki pesawat malam itu dan selamat tiba di KLIA 2. Kembali ke Kingfisher Campsite, trip terakhir tiba pukul 2 pagi.

***

MINGGU KETIGA

30 JAN 2017

Meneruskan program yang masih berbaki seminggu.

Pagi itu, peserta diberi masa untuk berehat dengan beberapa wajibat yang perlu disiapkan.

Selepas solat zohor dan makan tengahari, slot ‘Dakwah IlalLah’. Setiap kumpulan diberi beberapa perenggan dari bab 4 buku Muntalaq untuk dibincangkan dan dibentangkan.

Malam itu slot ‘tazkiyatun nafs’ disampaikan Dr Arif.

31 JAN 2017

Pagi, slot ‘Khutuwat Dakwah’ disampaikan Akh Amir dan petangnya peserta diberi masa untuk berbincang dalam kumpulan tentang strategi dakwah kampus.

Malam itu, diadakan forum ‘sharing IPT’, panel dan moderator terdiri dari kalangan fasilitator dan ahli KDM sendiri. Berkongsi pengalaman menjejaki alam IPT kepada adik-adik peserta LKD 8.

1 FEB 2017

Slot pagi itu ialah slot ‘Dakwah Sekolah’ yang dikendalikan oleh Akh Syarifudin. Peserta berbincang mengenai dakwah sekolah masing-masing.

Petang itu, slot ‘Bagaimana menjadi Manusia’ disampaikan oleh senior-senior KDm sendiri iaitu Akh Zubayr Aizaini bagi ikhwah dan Ukhti Qhairun Nabila bagi akhawat.

Malamnya pula, didatangkan seorang syuyukh yang cukup lama dalam jalan dakwah ini dan antara yang terlibat dengan awal-awal pergerakan dakwah di Malaysia ini iaitu Ustazah Arpah. Beliau berkongsi pengalaman hidup dan memberi beberapa pesanan nasihat buat peserta.

2 FEB 2017

Hari terakhir di Kingfisher diisi dengan slot ‘Ada Apa Dengan Universiti?’ oleh Dr Rashdan di waktu pagi dan slot perbincangan planat sekolah pada waktu petangnya.

Hari itu ditutup dengan slot pengalan KDM kepada adik-adik peserta, bakal ahli KDM. Pembentangan pengenalan KDM dikendalikan oleh Amir dan Timbalan Amir KDM.
3 FEB 2017

Keluar meninggalkan Kingfisher Campsite awal pagi itu dan bertolak menuju ke Kompleks IKRAM di Seri Kembangan.

Di HQ IKRAM peserta diisi dengan beberapa slot seperti pengenalan IKRAM, IKRAM SISWA, Parlimen Belia Malaysia (PBM), Biro Seberang Laut (BSL) dan JK Pembangunan Mahasiswa (JKPM) juga slot dari Hidayah Centre Foundation (HCF). Peserta berada di kompleks ikram dari pagi sehingga petang dan bertolak ke Al-Amin Bangi selepas asar.

Malam terakhir program diraikan dengan barbeque dan peserta diberi masa bersama-sama untuk terakhir kalinya.

4 FEB 2017

Majlis penutup di dewan Sekolah Al-Amin Bangi, dihadiri oleh pengetua-pengetua atau wakil-wakil guru tarbiyah setiap sekolah dan dirasmikan oleh Akh Shahrul Aman selaku naib presiden IKRAM. Turut hadir bersama juga Ustaz Megat Mohd Amin, pengerusi Ikram Musleh.


Majlis berakhir pukul 2 petang itu, peserta pulang ke tempat masing-masing setelah bersalaman dan mengucapkan selamat tinggal.


No comments:

Post a Comment