Hari Pertama
Pada sebelah pagi, para fasilitator telah tiba di Sekolah
Menengah Islam Aman, Binjai Kota Bharu Kelantan untuk perjumpaan dan sesi
taklimat serta perbincangan mengenai program. Melihat secara terperinci
tentatif program yang telah disediakan oleh pihak penganjur serta melakukan
pembetulan dan penambahbaikkan.
Kemudian, sebahagian daripada fasilitator pergi ke
Universiti Sains Malaysia (USM) untuk menampal kertas Nadwah pada setiap pintu
bilik peserta serta menampal tanda-tanda lokasi penting di sekitar kampus.
Lebih kurang pukul 3.30 petang, para peserta hadir ke tempat
pendaftaran dan menerima fail masing-masing. Sementara menunggu kunci bilik,
mereka berbual dan mengucapkan khabar masing-masing sambil berlaga pipi kiri
dan kanan. Sweet kan?
Setelah mendapat kunci bilik, peserta lelaki dibahagikan
kepada dua bahagian; bahagian pertama menetap di blok D2, dan bahagian kedua
pula di D3. Manakala untuk banat pula, hanya menetap di satu blok. Mungkin
kerana mereka tak sanggup nak berpisah? Allahu.
Pada sebelah malam pula, para peserta, fasilitator dan
guru-guru pengiring hadir ke perkarangan masjid untuk bersama-sama menikmati
juadah makan malam (nasi ayam sedap baq hang). Kemudian bersama-sama menunaikan
solat Maghrib serta mengamalkan wazifah sughra.
Tanpa membuang masa, para peserta terus digerakkan untuk ke
Dewan Kuliah 6 yang terletak jauh nun di belah sana mashaAllah. Namun semangat
mereka tidak pernah luntur biarpun lutut semakin longgar dan badan semakin letih.
Mungkin lagu “takkan surut walau selangkah” bermain di minda mereka.
Setelah mengambil tempat masing-masing di dalam dewan,
mereka mendengar taklimat daripada Ustaz Sobri yang merupakan seorang akh
kelahiran bumi Kelantan. Ustaz juga mengisi ruang yang ada dengan menyampaikan
kisah-kisah yang mampu memberi inspirasi kepada para peserta untuk terus
berjuang dalam medan masing-masing.
Diikuti pula selepas itu dengar slot pertama untuk para
peserta; Slot Public Speaking yang disampaikan oleh Dr. Hafidzah Mustakim yang
mashaAllah semangat betul menyampaikan isi-isinya. Dr. Hafidzah berkongsi
tentang bagaimana untuk menyampaikan sesuatu di khalayak ramai. Dr. juga
memberi contoh-contoh presentation yang baik dan buruk supaya para peserta
boleh ambil tahu bagaimana cara yang terbaik untuk menyampaikan sesuatu ilmu
kepada orang ramai.
Hebat!
Hari Kedua
Alarm berbunyi. Para peserta mula mengambil wudhu’ dan
mendirikan malam (qiamullail) secara fardhi, kemudian barulah secara jamaie.
Setelah itu, kami solat subuh bersama dan diikuti dengan bacaan wazifah sughra.
Kemudian, para peserta bergerak ke padang utama kampus untuk
sesi riadah pagi bersama fasilitator yang menjaga kumpulan. Mereka bermain
permainan yang amat menarik hingga terukir senyum dan tertawa.
Setelah mengurus dan mempersiapkan diri, para peserta
bergerak ke Dewan Kuliah 6 untuk Slot yang kedua bertajuk “Komunikasi berkesan”
oleh Prof. Madya Dr. Hj. Wan Nudri bin Wan Daud. Beliau merupakan Timbalan
Pengarah Pusat Islam Universiti Sains Malaysia. Banyak juga yang beliau
kongsikan kepada para peserta, antaranya ialah bagaimana cara yang terbaik
untuk berkomunikasi dengan seseorang, terutamanya untuk para peserta yang
berada dalam barisan pimpinan sekolah yang amat memerlukan skils untuk
berkomunikasi dengan orang ramai dengan cara yang berkesan.
Para peserta kemudiannya diberikan 15 minit untuk minum dan
makan ringan serta berehat sementara sebelum bermula slot yang seterusnya.
Slot kedua yang bertajuk “Mengurus Masa” oleh saudara Azrul. Teknik mengurus
masa adalah teknik yang perlu diambil peduli oleh semua manusia, khususnya
muslim, dan lebih khusus adalah untuk para pemimpin yang dikelilingi oleh
tugas-tugas dan tanggungjawab yang teramat banyak.
Apa-apa jenis program yang melibatkan sekumpulan peserta
yang ramai, tidak manis dan tidak lengkap apabila tiadanya sesi Latihan Dalam
Kumpulan (LDK). Maka setelah selesai Slot Kedua, para fasilitator mengambil
alih sepenuhnya tugas untuk membimbing para peserta dalam LDK. Di dalam LDK,
para peserta akan ‘beraksi’ di dalam kumpulan masing-masing. Mereka diberi
beberapa study case sekitar masalah-masalah yang berlaku sekitar kehidupan dan
pimpinan di dalam sekolah, dan mereka perlu berbincang berkenaan
masalah-masalah tersebut dan mencari solusi terbaik.
Pada sebelah petang pula, para peserta dan juga fasilitator mendengar
taklimat daripada seorang petugas USM yang merupakan salah seorang akhawat
kita, berkenaan aktiviti santuni pesakit-pesakit di Hospital USM (HUSM).
Biarpun terik mentari membakar jalan-jalan di kampus, para peserta tidak pernah
mengeluh dan luntur semangat ketika berjalan kaki ke HUSM.
Ini,
gempak.
gempak.
Di dalam hospital, mereka dibahagikan kepada 10 kumpulan, 5
banin dan 5 banat dan setiap kumpulan akan ke tingkat dan wad yang berbeza
untuk menyantuni pesakit-pesakit yang ada di sana. Daripada si kecil hinggalah
kepada yang sudah berumur dan tua, semuanya ada. Dan para peserta terus
mengambil peluang tersebut untuk pergi ke katil pesakit-pesakit dan mengambil
ruang dan peluang yang ada untuk berbual dan mendengar cerita daripada pesakit.
Sesi bergambar berjamaie pula dijayakan setelah tamat
aktiviti menyantuni pesakit. Sesi ini dibuat secara berasingan; banin bersama
banin dan banat bersama banat.
Dan di sebelah malam, setelah menikmati juadah makan malam,
solat maghrib berjemaah serta membaca wazifah sughra di luar masjid (kerana ada
ceramah di dalam masjid) , para peserta bergerak ke Dewan Kuliah untuk slot
seterusnya iaitu Slot Thaqafah Daieyah ataupun Ilmu/Kefahaman Pendakwah yang
disampaikan oleh al-fadhil Ustaz Saufi Hj. Abdullah.
Slot ini merupakan antara slot yang terpenting yang perlu
digarap dan dihadam oleh mereka yang menggelar diri mereka sebagai pendakwah
kepada Allah (ad-Daie ilallah), terutama golongan pemimpin.
Memetik penulisan Dr. Yusuf Al-Qaradhawi daripada bukunya
Thaqafah Daieyah, tiga elemen penting yang perlu ada dalam diri sang daie
adalah:
1.
Iman - core
2.
Akhlak – mencerminkan
peribadi muslim
3.
Thaqafah – ilmu/kefahaman
Kemudian diadakan pula sesi perkongsian pengalaman dan
pengajaran sepanjang aktiviti menziarahi pesakit-pesakit di HUSM oleh para
peserta. Terlalu ramai peserta yang ingin berkongsi apa yang mereka dapat
ketika menyantuni pesakit-pesakit di atas katil hospital.
Ada yang berkongsi dengan perasaan gembira, ada yang terharu
dan ada yang sebak hingga hendak mengalirkan air mata. Para peserta meminta
kepada semua agar mendoakan pesakit-pesakit tersebut supaya semakin sihat dan
sembuh dari sakit.
Hari Ketiga
Setelah selesai mengurus diri, para peserta berkumpul di
dalam kumpulan masing-masing di dalam masjid untuk sesi Qadhaya atau
perbincangan masalah. Setiap kumpulan diberikan satu masalah untuk dibincangkan
bersama-sama dan mencari alternative atau solusi yang terbaik untuk mengatasi
masalah tersebut.
Sebagai contoh masalah ikhtilat, kurang soft skills dalam
kepimpinan, tidak tahu cara berkomunikasi dengan pihak guru dan pelajar dan
kemerosotan pencapaian akademik.
Kemudian, para peserta bergerak ke Dewan Kuliah 6 untuk Slot
pertama pagi Sabtu iaitu Slot Kepimpinan Nabi SAW yang disampaikan oleh
al-fadhil Ustaz Mohd Sha’rani bin Mohd Naim. Di dalam slot ini, para peserta
didedahkan dengan bagaimana Rasulullah SAW menjadi seorang pemimpin yang perlu
diikuti oleh setiap pemimpin yang ada di dalam dunia ini. Dari sudut politik,
ekonomi dan sebagainya, Rasulullah SAW tampil sebagai seorang pemimpin yang
hebat dalam setiap sudut tersebut.
Aktiviti selepas slot tersebut adalah aktviti merancang
gerak kerja di sekolah. Setiap sekolah, banin dan banat diminta untuk membuat
perancangan gerak kerja kepimpinan mereka di sekolah mereka sendiri, ditemani
oleh guru pengiring dan para fasilitator. Perancangan tersebut akan mereka bawa
semula ke sekolah dan akan dibentangkan kepada guru-guru yang terlibat.
Tepat jam 12.00 tenghari, majlis penutup Nadwah Musleh pun bermula.
Bermulanya ia dengan bacaan ayat suci AlQuran, sesi ucapan oleh wakil IKRAM
Kelantan dan Timbalan Pengarah Program Nadwah, kemudian diikuti pula dengan
sesi penyampaian sijil kepada para peserta melalui wakil setiap sekolah yang
hadir. Akhirnya, Nadwah Musleh menutup tirainya dengan bacaan doa dan tayangan
multimedia.
Alhamdulillah,
dan terus alhamdulillah!
dan terus alhamdulillah!
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung
mahupun tidak dalam menjayakan program ini. Moga setiap amalan kita walau
sekecil mana pun tetap diterima Tuhan.
No comments:
Post a Comment