Monday, May 3, 2010

Kenangan Bergambar di Sesi Akhir LKD Ke-5

Peserta Ikhwah LKD Siri Ke-5

Peserta Akhawat LKD Siri Ke-5

LKD Ke-5 menamatkan siri latihan yang telah dijalani oleh semua pelatih LKD Musleh Sesi SPM 2009  sejak 25 Disember 2009 hingga LKD akhir pada 30 April hingga 2 Mei yang lalu. Hampir empat bulan setengah kita telah bersama dalam latihan perkaderan duat secara intensif. Tidak terasa masa berlalu begitu pantas. Selaku Pengarah saya amat bergembira dapat berkenalan dengan antum semua. 

Semua pengalaman yang kita telah lalui bersama serta pengembaraan dakwah bil hal ke Kg Rudan Pedalaman Sarawak selama 11 hari dalam misi menyebar luaskan dakwah Islam pastinya memberi kenangan paling indah dalam kehidupan peribadi dan dakwah. Saya sendiri pastinya akan merindui saat untuk bersama dalam latihan dan tarbiyyah bersama antum semua. Saat saya bersama antum adalah antara saat-saat paling berharga dalam kehidupan saya. Moga Allah SWT memberkati kita semua, merapatkan ukhuwwah kita dan menunjukkan kita jalan untuk menjadi hambaNya dan DuatNya di jalan Islam, dakwah dan jihad. Illmu sudah diperolehi kini medan amal sedang menunggu. Mungkin ilmu yang kita perolehi seidikit. Akan tetapi jika ilmu yang sedikit ini kita amalkan dan sebarkan ianya akan menjadi besar dan luas.Maka tunaikan amanah ini dengan penuh keikhlasan dalam mendidik pemuda/i bangsa agar menjadi muslim dan muslimah yang akan menjadi benteng ummah dan penyebar makruf di dalam masyarakat . Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Sekian salam ukhuwwah,
Pengarah LKD

1 comment:

  1. Tiada ucapan lain yg blh diungkapkan di sini melainkan ucapan jazakumullahu khairan kathiran buat semua pihak yg telah b'sungguh2 dlm m'jayakan LKD 1 ini. Jg buat U. Syamsul yg tak pernah lelah b'sama2 kami dr awal sehigga ke akhir prog. utk m'bimbing kami. Tidak lupa kpd mrk yg tlh m'beri pengisian2 kpd kami, yang mana amat bermakna apabila kami di bumi IPT nanti. Buat teman2 pula, syukron jazilan di atas tunjuk ajar dan penghargaan yg tlh dan masih trs diberikan kpd ana. Smg kita terus kekal di atas jalan ini. Amin.

    ReplyDelete