Thursday, January 14, 2010

Apakah Objektif LKD?

Assalamualaikum wmt. wbth
Nahmadullah swt dan selawat serta salam buat Junjungan Rasulullah s.aw yang dikasihi

Sukacita Pengarah ingin mengulangi dan memberi penekanan kepada semua peserta LKD Sesi 2009 agar anda semua sentiasa ingat dan faham objektif penglibatan anda di dalam LKD yang telah saudara/i lalui baru-baru ini.

Kami berhasrat melalui usaha terancang LKD ini kami dapat membina dan mencapai kifayah tarbawiyah bagi meningkatkan kepribadian anda sebagai Muslim dan Muslimah serta keperibadian seorang Duat atau Dai yang prihatin, peka kepada persoalan ummah, mengambil berat akan qadhiyahnya. Kita juga mahukan anda semua sedar akan kepentingan beramal di dalam jamaah dan bukannya secara fardi. Kami inginkan anda semua kesedaran untuk menggabungkan diri di dalam amal Islami, menegakkan Deen Allah SWT di atas muka bumi dengan manhaj dakwah yang salimah dan syumul. Untuk itu kami mahukan anda semua merubah dan memperbaiki aspek-aspek keperibadian anda agar benar-benar menjadi muslim dari sudut iktikad, perkataan dan perbuatan. Menjadi mukmin yang bersungguh-sungguh meningkatkan amalan peribadi, dalam ibadah, dalam akhlak, memepersiapkan diri untuk bekerja sendiri, rajin menuntut ilmu, menambah pengetahuan Islam, menghafaz al-Quran, hadith-hadih sahih, membaca surat khabar bagi meningkatkan pengetahuan semasa, ambil berat isu umat Islam dan menyediakan diri dengan tubuh badan yang sihat dan cergas. Kami mahukan anda berlatih melawan nafsu buruk, sabar dan bersedia menanggung bebanan dakwah. Kami mahukan anda menyusun masa dengan baik, waktu ibadah, waktu menuntut ilmu, waktu membantu ibu bapa dan masyarakat. Kami mahukan anda menghargai masa dengan melakukan yang terbaik setiap masa. Kami mahukan anda semua suka membantu orang lain, membantu ibu bapa, membantu jiran dan masyarakat apatah lagi mereka yang memerlukan.

Oleh itu wahai saudara/i ku alangkah beratnya pembentukan yang diharapkan. Kita tidak akan mengatakan ianya mudah tetapi kita berusaha melengkapkan diri dan meningkatkan diri agar kepribadian anda semua akan menjadi keperibadian muslim dan bersiap sedia menjadi pelopor kepada kebangkitan ummah.

Pembentukan peribadi memang bukan semudah kita menghadiri ceramah (muhadarah) atau kelas pengajian kerana matlamatnya ialah pembentukan sifat-sifat atau karakter yang tulin dalam diri kita. Sebab itulah kita perlukan tarbiyyah.  Itulah yang diungkapkan oleh Allahyarham K.H Rahmat Abdullah seorang pengasas dakwah IM di Indonesia beliau mengatakan " Fi Kulli Marhalah Rijal, Wafi kulli marhalah fitnah". Saya tak perlu terjemahkan kerana anda semua mendapat A dalam Bahasa Arab. Maksudnya yang saya faham ialah pada setiap marhalah dakwah ada ciri-ciri lelaki/wanita  (rijal) yang tertentu dan pada setiap marhalah dakwah itu akan ada fitnah, maka tidak mampu dilalui melainkan oleh mereka yang telah sempurna sifat-sifatnya.

Oleh itu sekian dulu moga ada kebaikan buat saya dan saudara/i semua.
Wassalamualaikum wmt.wbth

Akhukum Fillah,
Pengarah LKD

No comments:

Post a Comment