Monday, February 29, 2016

LKD 7 : Dari Berlari, Kini Terbang!



Allahu Bismik.

Alhamdulillah thumma alhamdulillah!

Latihan Kader Du'at generasi ketujuh berjaya dijalankan pada tahun ini. Program atau kem selama lebih kurang sebulan ini alhamdulillah dapat mengumpulkan peserta-peserta daripada 12 buah sekolah Musleh seluruh Malaysia.





MINGGU PERTAMA 

16 Jan.

Pendaftaran bermula jam 9 pagi sehingga tenghari.

Semasa pendaftaran, peserta mula dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil. Ikhwah dibahagikan kepada 4 kumpulan manakala akhawat dibahagikan kepada 6 kumpulan.

Setelah selesai solat Zohor berjama'ah, para peserta mendengar taklimat berkenaan tentatif program daripada kem komanden. Bagi ikhwah, kem komanden adalah akh Afif Marzlan manakala akhawat, ukht Maisarah Kursus @ Othman, serta ada sesi taaruf para fasilitator dan AJK.

Kemudian, sesi pemunggahan beg pun bermula. Dari sisi akhawat diuji dengan ketidaksempurnaan prasarana, akan tetapi ramai peserta dapat menjaga hati antara satu sama lain daripada melenting. Para fasi terus menerus memberikan motivasi tertinggi.

Ice breaking pertama - Kerusi Ukhuwwah

Pada awalnya nampak janggal, tapi akhirnya dinding atau jurang antara mereka semakin menipis.

Keadaan dorm pula, setelah berdikusi dan mendapat kata putus, dorm ikhwah dan akhawat diswitchkan supaya lebih baik, sesuai dan selesa berbanding dorm sebelumnya.

17 Jan.

Pada hari kedua, para peserta menyertai aktiviti explorace yang mengambil tempat di sekitar Kuala Lumpur.

Ternyata daripada explorace ini, ukhuwwah mereka semakin padu dan rapat seolah-olah sudah lama berkenalan, terutama yang satu kumpulan. Memerlukan mereka untuk bekerjasama dalam apa jua tugasan yang diberi untuk menyelesaikan setiap cekpoint yang bakal mereka tempuhi.

Alhamdulillah, semua pulang dalam keadaan letih dan penat kerana beraktiviti selama lebih kurang 10 jam dan kumpulan yang terakhir sampai adalah sewaktu maghrib.

Apa-apa pun, tahniah semua!

18-21 Jan.



Dalam minggu pertama ini juga, para peserta mendapat pendedahan dan penerangan dengan lebih mendalam tentang Usul 20 karya Hassan Al-Banna daripada Ustaz Syazali. Pembetangan ini mengambil masa berhari-hari untuk dibentangkan.

Diakhiri pula dengan slot Himmah 'Aaliyah.

Dalam tempoh ini juga, para peserta berpeluang untuk membedah movie bertajuk "Bajrangi Bhaijaan" dan daripada filem itu, mereka dikehendaki untuk mengaitkannya dengan usul 20.

23 Jan.



Bertolak ke Bandung.


MINGGU KEDUA

















24 Jan.

Setibanya para peserta di Bandung, Indonesia, alhamdulillah mereka dapat bermalam di penginapan di Cibodas, Bandung.

Mereka dibawa jalan-jalan di sekitar Cibodas, melihat dan mentadabbur keindahan ciptaan Tuhan.

Perasmian penyerahan peserta LKD 7 kepada ikhwah Indonesia, iaitu Pak Tajul dan Pak Wasis.

Setelah itu para peserta 'dihidangkan' dengan slot/materi yang bertajuk "Characteristics of Daie" oleh Ustaz Darlis.

Pada sebelah petang, mereka bertolak ke D'Camp dengan berjalan kaki, dan di situlah penempatan baru mereka dan AJK serta fasi yang terlibat sepanjang berada di Bandung.

Pada sbeelah malam pula, mereka melihat tayangan video 1998 yang menceritakan tentang revolusi mahasiswa di Indonesia, dan daripada situ mereka membedah video tersebut.


25 Jan.

Para peserta berpeluang mendengar slot daripada akh Irfan (ikhwah PKS) yang bertajuk : Urgensi Dakwah Kampus.

Kemudian disambung pula dengan slot "Dinamika Dakwah Kampus" oleh akh Rijal, juga merupakan ikhwah PKS.

Seusai solat Zohor bersama, akh Wasis memimpin para peserta untuk merangka 'Life Plan', yakni setiap peserta diajar untuk berfikir ke hadapan berkenaan kehidupan masa hadapan mereka.

Pada malam hari pula dihiasi slot ringan oleh akh Wasis untuk mengekalkan positif diri.


26 Jan.

Untuk hari ini, para peserta perlu melibatkan diri dalam 5 aktiviti outbond:

1) Flying Fox

2) Bulldozer

Membuat roda manusia menggunakan kanvas

3) Dragon Ball

Mengeluarkan bola daripada paip yang berlubang menggunakan air

4) Trust Fall

Menjatuhkan diri, dan kawan di bawah akan sambut.

5) Rescue

Aktiviti berakit


27 Jan.

Para peserta dibawa untuk jungle trekking selama 8 jam, mentadabbur alam ciptaan Tuhan.

Ada insiden ikhwah terjatuh titi.

Mereka menaiki dan menuruni gunung bagai tiada penghujung, dan takbir menjadi penguat semangat mereka.


28 Jan.

Peserta berpeluang untuk menziarahi Institusi Teknologi Bandung (ITB) untuk mendengar perkongsian daripada GAMAIS ( Keluarga mahasiswa Islam ).

Peserta mendapat pendedahan bagaimana dakwah kampus dijalankan di Indonesia.

Akhawat berbaju kurung sebagai pakaian formal, mengingatkan mereka seperti hari raya di Malaysia. Ikhwah menceriakan suasana dengann menyanyikan lagu hari raya.


29 Jan.

Peserta dibawa untuk membeli belah sambil menikmati tempat-tempat yang masyhur di Indonesia.

Tempat pertama : Pasar Baru

Di sini, peserta menyibukkan diri membeli-belah ole-ole untuk dibawa pulang ke tanah air tercinta sebagai hadiah buat keluarga dan sahabat.

Tempat kedua : Pesta Buku

Terbeliak mata peserta melihat begitu banyaknya buku-buku fikrah yang murah dan menarik!

Tempat ketiga : Muzium Sejarah Bandung

Tempat Keempat : Kartika Sari

Salah satu teko yang terkenal dengan brownies Indonesia yang begitu lazat. Peserta menghabiskan duit di sini.

Kemudian, peserta bertolak ke airport Jakarta dan bermalam di sana.


30 Jan.

Alhamdulillah, peserta dapat pulang semula ke tanah air tercinta.

Dan, kali ini untuk penginapan yang lebih baik dan selesa,


MINGGU KETIGA




31 Jan.

Peserta dapat meluangkan masa menghadiri bengkel penulisan yang dikendalikan oleh ukht MIMI iaitu pengasas Iman Shoppe.

Kemudian, peserta menghadiri slot "Dakwah kepada Non-Muslim" oleh wakil daripada Hidayah Centre.

Pada sebelah petang, peserta berpindah lagi untuk ke penginapan sepanjang minggu terakhir.

Dan pada sebelah malam pula, mindsetting LKD dan perbincangan travelog diadakan.


1 Feb.

Peserta berpeluang mendapat slot daripada orang hebat iaitu Ustaz Zainal Abidin yang bertajuk "Risalah Aqidah".

Di malam hari, ada sesi perkongsian tentang kembara dakwah ke Pos Chiong. Menarik!

2 Feb.

Pada siang hari peserta mendengar pengisian tentang Isti'ab dan ada sesi praktikal. Hebat mereka, dapat ilmu terus diamalkan. Entum qowiyy!

Dan pada sebelah malam pula terlebih untung apabila berpeluang mendengar perkongsian mengenai 'Baitul Muslim' daripada Ukht Fatimah Muhammad.

3 Feb

Inilah slot yang dinanti-nantikan. Sejarah Jama'ah oleh Ustaz Alias Othman. Peserta terharu apabila akhirnya mendapat pendedahan tentang jama'ah mereka, semakin thabat inshaAllah!

Setelah itu ada games Maratib Amal. Peserta membina binaan daripada bahan-bahan terpakai untuk menghasilkan bahan tertentu.

Kemudian ada slot Ila Syabab, fokus kepada bahagian kepimpinan. Mantap!

4 Feb.

Slot fiqh sirah (Makkiyyah) oleh Ustaz Zainal Abidin pula mengisi waktu peserta hari ini.

Kemudian mendapat perkongsian daripada akh Wan Muhammad mengenai Time Management. Padu! Harisun 'ala waqtih!

5 Feb.

Disambung pula dengan slot fiqh sirah (Madaniyyah).

Seterusnya adalah slot pengenalan IKRAM.

6 Feb.

Hari ini Ustaz Burhanuddin berkongsi bersama peserta berkaitan "Syubhah dalam IKRAM'.

Kemudian ada sesi penerangan Jawatankuasa Pembangunan Mahasiswa (JKPM) dan seterusnya ada slot perkongsian kembara dakwah. Padu!

7 Feb.

Peserta ada slot bersama IKRAMSiswa, mendapat pendedahan tentang gerak kerja IKRAMSiswa di kampus-kampus mereka.

Diadakan pula booth IPT dimana peserta boleh mendapatkan rujukan, nasuhat dan bimbingan tentang pelbagai bidang yang ditawarkan oleh universiti.

Setelah itu peserta mendengar perkongsian daripada Ukht Izyana dan alumni LKD 6 tentang Kembara Dakwah. Pergh!

8 Feb.

Forum Dakwah Sekolah diadakan. Peserta mendapat gambaran yang lebih jelas berkenaan bagaimana gerak kerja dakwah di sekolah agar nanti mereka juga mampu meneruskan dakwah di sekolah-sekolah apabila tiba masa mereka untuk berkhidmat nanti. Yeay!

Peserta mendapat tugasan untuk membuat plan-plan dakwah di IPT serta plan dakwah di lokaliti masing-masing.

Pada malam hari pula, slot pengenalan KDM dilancarkan (eh. camtu eh ayatnya?)

Barisan tanzim KDM diberi peluang untuk berucap sepatah dua untuk peserta.

Kemudian, ada sesi mindsetting oleh ustazah Dayang dan ukht Maisarah. Ini, qowiyy.

9 Feb.

Pada awal pagi, peserta bertolak ke Al-Amin Bangi untuk majlis Haflatul wida' Latihan Kader Du'at generasi ketujuh. (sobs sobs)

Maka, lagu satu tubuh dimainkan dan peserta mula berpeluk-peluk dan menitiskan air mata.

Setelah itu, diakhir majlis penutup, para peserta bersalam-salaman antara satu sama lain, ikhwah bersama ikhwah dan akhawat bersama akhawat. (akhawat punya sangat lama)




Selamat berkhidmat,
antum.


No comments:

Post a Comment