Saturday, July 19, 2014

Gathering Akhawat 2014.

Bismillah.



Bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan, Program Gathering Akhawat Kader Duat Musleh (KDM) berjaya mengumpulkan lebih kurang 50 orang perserta. Dengan tema 'Setaat Awanan', program ini telah dilaksanakan pada 18 Julai 2014 hingga 19 Julai 2014 bagi mengeratkan ukhuwah di samping pemurnian fikrah islamiyah serta proses kemaskini maklumat  (database) setiap alumni. 

Sedikit berbeza dengan gathering 2013, program kali ini berkonsepkan i'tikaf dan iftar jamaie, sempena bulan Ramadhan. Program dimulakan dengan iftar, disusuli dengan solat Maghrib, solat Isya', solat Tarawih dan sesi taaruf ringkas. Kemudian, para peserta diberi pengisian ‘Setaat Awanan’ oleh Ukht Khalilah Alhuda Kamilen. 

Selepas Subuh (19 Julai 2013), Ukht Maryam Che Rahimi berkongsi berkenaan 'Ijlis Bina Nu'min Saah'. Setelah itu, sesi 'Tahaddu, Tahabbu' diadakan di mana setiap akhawat perlu memberikan hadiah kepada akhawat yang lain. Program bersurai pada jam 8.15 pagi bagi memberi ruang persiapan untuk menghadiri Ijtima' Ramadhan Ikram Selangor (IRIS) yang diadakan di lokasi yang sama. 

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program gathering ini, sama ada langsung atau tidak langsung. Pihak penganjur memohon maaf atas segala kekurangan. Semoga Allah meredhai dan membimbing kita dalam usaha 'menyebarkan cinta dari langit, lalu menyebarkannya ke bumi' (Salim A. Fillah, 2010). 

No comments:

Post a Comment