Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts

Tuesday, June 15, 2010

Majlis Pelancaran Pertubuhan IKRAM Malaysia

Majlis Pelancaran Pertubuhan IKRAM Malaysia

Assalamualaikum wmt wbkth
Kehadapan semua Alumni LKD Pertama 2009.

Saudara/i semua adalah dijemput memeriahkan Majlis Pelancaran Pertubuhan IKRAM Malaysia yang akan berlangsung pada 20 Jun 2010 bersamaan hari Ahad di Mines International Exhibitions and Convention Centre ( MIECC) berhampiran Pusat Beli belah MINES Seri Kembangan. Pendaftaran akan bermula pada jam 8:00 pagi. Saudara/i juga adalah digalakkan menjemput sahabat dan rakan khasnya rakan-rakan Alumni sekolah masing-masing menyertai majlis pemasyhuran ini.

Majlis akan dihadiri oleh tokoh Pendakwah Islam dalam dan Luar Negara, Tokoh-Tokoh NGO, Politik dan Aktivis dakwah dari seluruh negara. Majlis dijangka tamat jam 2 petang. Terdapat hampir 50 gerai serta pameran seperti Aqsa Syarif Bhd, Musleh, KRS Musleh, JIM, Hidayah Centre, Raudhatus Sakinah Bhd dll

InsyaAllah kita akan berjumpa semua Alumni LKD di sana!
Pengarah LKD

Thursday, May 27, 2010

Kembara Dakwah akan Ke Sabah dan Sarawak pada tahun 2011!

Pengumuman
Mesyuarat JK tarbiyyah yang lepas kami telah memutuskan akan mengirim pasukan kembara dakwah bil hal ke Sabah dan Sarawak bagi lepasan SPM 2010. Moga usaha ini akan berjaya meneroka kampung yang baru bagi menyebarkan agama Islam dengan pendekatan dakwah bil hal. Dijangka pada bulan Mac 2011. Yang seronoknya Kg Rudan akan dijadikan Kg Angkat bagi KRS-Musleh dan pastinya akan dilawati dalam kunjungan ke sana. Ustaz akan ke Sabah dan Ust Nizam dan U Soleh akan ke Sarawak bagi melihat dan meneroka perkampungan saudara baru yang lebih jauh ke pedalaman dan pastinya yang lebih mencabar. Bagi yang memilih ke Sabah kemungkinan akan mendaki Gunung Kinabalu sebagai token insyaAllah.

Jika Alumni LKD nak join sebagai Fasi kita boleh susun atur insyaAllah.

Pengarah LKD

Projek Menulis Buku Pengalaman Dakwah bil Hal

Salam semua,
Kepada semua peserta Kembara Dakwah Bil Hal ke Kg Rudan Sarawak sila updatepenulisan antum dan emel segera kepada Ustaz (smhi64@yahoo.com) supaya kita boleh hasilkan buku pertama kita. Boleh letakkan sasaran pengumpulan deraf pada 15 Jun 2010. Kalau boleh semua tulis walaupun 2 muka surat. Yang penting ori bukan copy datang dari ufuk ta'kulan minda dan sentuhan kalbu yang jujur dan ikhlas! Jadikan ini cabaran buat antum semua.

Pengarah LKD

Monday, April 19, 2010

Cadangan untuk menerbitkan Sebuah Buku Catatan Kembara Dakwah Bil Hal di Kg Rudan

Assalamualaikum wmt.

Kepada semua bekas peserta Kembara Dakwah Ke Bumi Kenyalang yang diingati moga dalam keimanan dan amal yang berterusan.

Saya telah sebutkan kepada Akh Amin untuk diterbitkan catatan dan pandangan semua peserta dalam usaha dakwah bil hal dalam misi kita yang lalu.

Saya harap semua akan menulis dan kongsikan "insights" yang antum pelajari, hikmah yang dijumpai, renungan dan ibar yang boleh dikongsi buat ummah.

Tulisan tak semestinya dalam bentuk catatan jurnal, boleh sahaja dala bentuk kisah, cerita, atau apa sahaja dan kalau boleh disertakan gambar yang memberi gambaran kisah tersebut agar dapat difahami.

Tulislah dari isi hati yang ikhlas, renungan yang mendalam, dan sentuhan jiwa yang dapat memandu semua kita dalam melakukan amal dakwah bil hal atau apa sahaja ke arah kebaikan. Tulisan dalam word times roman font 12, 1 1/2 spacing.

Jika antum semua bersedia marilah kita jadikan satu kenyataan. Saya ingin jadikan ini satu pencapaian dalam tempoh 2 bulan. InsyaAllah sudah ada penerbit yang meminta saya menghasilkan catatan atau kisah seperti ini.

Sekian, sebarang urusan lanjut sila hubungi akh Amin.

Pengarah LKD

Friday, March 26, 2010

LKD Siri 4 ? Makluman Terkini

Assalamulalaikum wmt wbth.

Menemui semua anggota LKD sekalian moga dalam iman dan taqwa.


Tarikh LKD Ke-4 akan diputuskan esok. Harap maklum.

Semua diminta mendaftarkan diri pada jam 5 pm selepas Solat Asar. Lokasi sebenar akan dimaklum melalui saluran e-group. Jzkk


PENGARAH LKD

Tuesday, March 2, 2010

Makluman : Download Bahan Tarbiyah LKD

Bismillah,
Assalamualaikum.

Makluman untuk semua peserta Latihan Kader Du'at sesi 2009, kemudahan untuk muat turun bahan-bahan tarbawi telah disediakan di ruangan kanan blog ini. Alhamdulillah, sememangnya cukup banyak kemudahan dan peluang yang Allah kurniakan kepada kita lantas mendidik kita sebagai hamba, untuk bersyukur dan sentiasa sedar bersedia.

InsyaAllah, penyusunan bahan terbaru akan di'link'kan dari semasa ke semasa. Semoga segala yang terisi di sini penuh memberi makna dan mentulenkan diri kita sebagai seorang mukmin dan muslim apatah lagi.

Syukron,
Wassalam.

Monday, February 22, 2010

LKD Siri 3 Makluman

1. Semua peserta perlu berada di Dewan Latihan yg ditetapkan  selewat-lrwatnya jam 5 pm atau sebaik-baiknya Solat Asar pada 26 hb Feb 2010. Bagi peserta yang jauh dan ingin berada lebih awal sila maklumkan Akh Abd Rashid atau Amin. Program akan tamat tgh 28 Feb 2010. sekitar jam 2 pm. Tempat di maklum menerusi sms ketua pasukan masing-masing.

2. Bayaran khidmat diri ialah RM60.00 bagi menampung kos makanan, minuman, penginapan dan honoririum. Jika ada masalah sila maklumkan Naqib di kawasan masing-masing.

3. Sila bawa seluar track untuk senaman pagi. Juga sleeping bag jika anda biasa memerlukannya. Dan jangan lupa Mashaf Al-Quran untuk kita tadarrus.


Sekian
Pengarah LKD.







Saturday, February 13, 2010

Pemakluman Lokasi LKD Siri 3

Program Latihan Kader Duat Siri 3 tetap akan diadakan pada 26 hingga 28 Feb 2010. Namun lokasi awal di Masjid KLIA terpaksa diubah kerana masalah tempahan. InsyaAllah lokasi masih di sekitar lembah Kelang.
Notis tempat akan dimaklum apabila telah disahkan. Maaf kepada semua.


Pengarah LKD.

Monday, February 8, 2010

Latihan Kader Duat Siri 3

Assalamualaikum wmt.

Sekiranya mengikut jadual yang diputuskan bahawa Latihan Kader Duat Siri 3 akan diadakan pada 26 hingga 28 Februari 2010. Walaubagaimanapun sekiranya program ini dijalankan kita akan kehilangan hampir 15 peserta dari Hidayah JB kerana mereka mengikuti Program Road To Java 2010. Mereka dijadual pulang pada 28 Februari 2010.

Apakah pandangan peserta LKD semua. Teruskan atau...

Wassalam.

Pengarah LKD

Monday, January 25, 2010

Kembara Dakwah Ke Bumi Kenyalang

Jumlah peserta yang mendaftar bagi program jaulah dakwah ini masih lagi ada kekosongan tempat. Kepada semua peserta LKD yang mahu berkorban masa dan sedikit harta serta mendapat pendedahan pengalaman dakwah bil hal di bumi Kenyalang sila daftarkan dengan kadar segera.

Yuran khidmat diri termasuk pengangkutan kapal terbang dan pengangkutan di sana/penginapan/makanan/aktiviti dakwah berjumlah RM600.00 sahaja.

InsyaAllah program ini akan dilakukan pada awal Mac insyaAllah dengan kerjasama HIKMAH Sarawak.
Tentatif pada 9 hingga 18 Mac 2010.



Jika anda berminat sila daftarkan segera.



Sekretariat
Kembara Dakwah Ke Bumi Kenyalang
Ust Shahrinizam 013 4818252

Persediaan Mukhayyam LKD

1.0 Pakaian (untuk 3 hari 2 malam) yang secukupnya. adalah dicadangkan seperti berikut:-
(a) Seluar track - secukupnya
(b) Kasut sukan dan stokin secukupnya -
(c) T Shirt atau baju yg cukup
(d) Baju hujan jika perlu
(e) Peralatan peribadi dan ubatan sendiri
(f) Mushaf Al-Quran kecil untuk tilawah
(g) Buku Nota

Program Mukhayyam ini 50% melibatkan aktiviti luar. Bakinya adalah aktiviti indoor.

Sekian,

Pengarah LKD

Yuran Mukhayyam LKD

Saudara/i sekalian

Yuran khidmat diri bagi menanggung kos mukhayyam sepanjang 3 hari ini ialah
RM60 sahaja. Majoriti kos adalah untuk makanan saudara/i sepanjang 3 hari termasuk pengangkutan dari sekolah ke lokasi.

Boleh dibayar secara tunai atau cek atas nama "Musleh Education and Training Centre".

Sekian dulu,
Moga bertemu nanti di sana.

Pengarah LKD

Tentatif Mukhayyam LKD


Tarikh
Pagi
Petang
Malam
29/1 Jumaat
Berhimpun di Sek Men Islah Sg Petani

3:00 bertolak ke Lata Celak
Pengisian 1
30/1 Sabtu

Pengisian 2 dan LDK


LDK
LDK
31/1 Ahad
LDK dan penutup





Thursday, January 21, 2010

Makluman Peserta LKD-Mukhayyam

Assalamualaikum wmt.wbth

Semua peserta adalah dikehendaki berkumpul di
Sek Men Islah Sg Petani pada 29 Jan 2010 tidak lewat dari jam 2 pm.
Bas akan bertolak ke Kem Lata Celak, Baling Kedah pada jam 3 pm atau 1500 hrs.

Oleh itu peserta dari Selatan dan KL dinasihatkan bertolak malam dan ketibaan anda waktu pagi di Sg Petani akan diambil oleh Urusetia ke Sek Men Islah Sg Petani.

Kebiasaanya bas dari KL akan tiba sekitar jam 4.30 pagi manakala dari JB sekitar jam 5.30 pagi. Sila telefon/sms Pengarah Mukhayyam sebelum bertolak.

Sila maklumkan Pengarah Mukhayyam bagi LKD Siri 2/6 ini
Ustaz Shahrinizam : 0134818252

sekian

Pengarah LKD
Ust Shamsul Maarif.
013-275 8565

Thursday, January 14, 2010

TAWARAN MENJADI TRAINEE METC

Assalamualaikum wmt.

Kepada semua peserta LKD

Pihak Musleh Education and Training Centre sebuah syarikat yang mengendalikan latihan bagi pihak Musleh memerlukan seorang Pelatih (Trainee) bagi membantu pihak syarikat mengendalikan kursus dan latihan.
Jika anda semua berminat sila emel biodata ringkas dan sila nyatakan sebarang sokongan dari masul masing beserta no HP mereka atau emel untuk pihak syarikat hubungi.

Emel atau Faks kepada
METC
03-4147 4800 

atau emel: smhi64@yahoo.com

2. Berapa bayaran pelatih yang diterima bekerja.

Di antara RM500 hingga RM700 bergantung kepada perbincangan dan persetujuan bersama.

3. Syarat ialah lepasan SPM dan berada di (Modul 02) dan amat berminat dalam bidang latihan.

Sekian

Pengurus METC
Hj Shamsul Ma'arif Hj Ismail
/Pengarah LKD
013-2758565

TARIKH-TARIKH PENTING LKD Sesi 2009-PEMBETULAN

Tarikh-Tarikh Penting buat semua peserta LKD 2009 tahun ini.

1.LKD Siri 1/6 2009 - 25 - 27 Dis 2009  - Selesai
2.LKD Siri 2/6 2009 - 29 - 31 Januari 2010 - Sg Petani
3.LKD Siri 3/6 2009 - 26 - 28 Feb 2010
4.LKD Siri 4/6 2009 - 26- 28 Mac 2010
5.LKD Siri 5/6 2009 - 23 - 25 April 2010
5.LKD Siri 6/6 2009 - 28 - 30 Mei 2010 - Siri akhir dan Graduasi

Diharap kepada semua peserta LKD Pengambilan Sesi 2009 (Lepasan SPM 2009) dapat menghadirkan diri di dalam semua program yang di atur bagi menjayakan matlamat projek khas ini.

Moga dengan keikhlasan niat dan hati yang penuh bersemangat kita semua mendapat taufiq dan redha Allah SWT.

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi
Sekretariat : Ustaz Shahrinizam 0134818252
Pengarah LKD: 0132758565

Tuesday, January 12, 2010

DI MANA LATA CELAK?

MAKLUMAT LOKASI SILA LAWATI LINK DI BAWAH

http://latacelak.blogspot.com/

Sekian,
Pengarah LKD

LKD SIRI 2/6 2009

Perhatian kepada semua peserta LKD 2009

Program akan datang ialah dalam bentuk yang dinamakan Perkemahan Tarbawi Siri 2/6 yang akan diadakan pada dan di lokasi berikut:

NAMA PROGRAM: PERKEMAHAN TARBAWI
TARIKH: 29,30 DAN 31 JANUARI 2010
TEMPAT: LATA CELAK, SG PETANI KEDAH
BAYARAN: RM60.00
ANJURAN: JK TARBIYYAH PUSAT PENDIDIKAN SRI-SMI BERHAD (MUSLEH)
PENGURUS: MUSLEH EDUCATION AND TRAINING CENTRE


LATA CELAK MANAGEMANT SERVICES ADALAH SEBUAH SYARIKAT YANG MENGENDALIKAN LATIHAN BAGI PIHAK SWASTA DAN BERDAFTAR DENGAN PIHAK KERAJAAN.

Mohon semua peserta membuat persediaan bagi mengikuti program ini seperti pakaian yang cukup, seluar track, kasut sukan, baju hujan, Mushaf Al-Quran, peralatan peribadi dan ubat sendiri.

Sila lawati www.latacelak.blogspot.com bagi melihat lokasi.

Semua peserta boleh datang menaiki bas dan turun di Stesen Bas Sg Petani, Kedah. Pihak syarikat pengendali latihan Lata Celak akan mengambil anda semua dengan pengangkutan mereka ke lokasi mereka. Jika ingin maklumat lanjut sila hubungi Pengurus Lata Celak Management Services : Ustaz Rosli 0134206601.

Jika ingin membuat bayaran melalui cek boleh dibayar kepada Musleh Education and Training Centre.

InsyaAllah maklumat akan dikemaskini.
** Sila rujuk maklumat terperinci kepada masul kumpulan LKD yang telah dilantik.

sekian,

Pengarah LKD.
12 Januari 2010