Showing posts with label Berita Musleh. Show all posts
Showing posts with label Berita Musleh. Show all posts
Sunday, August 14, 2011
Tuesday, July 20, 2010
Debat MUSLEH boleh diadakan ala Parlimen – Setiausaha Dewan Negara
Selasa, 13 Julai 2010 15:20 M Nasim
(Malaysiaharmoni.com)
KUALA LUMPUR - Kualiti yang ditunjukkan oleh para peserta Kejohanan Debat Antarabangsa MUSLEH Ke-2 di Hotel Putra kelmarin telah meyakinkan lagi Setiausaha Dewan Negara, Datuk Zamani Sulaiman untuk mengadakannya dalam suasana yang benar-benar seperti di Parlimen pada tahun hadapan.
Berucap di majlis penutupan kejohanan, beliau menegaskan sepatutnya sebagaimana yang dijanjikannya tahun lepas, pertandingan debat kali ini diadakan di Parlimen dengan Dewan Negara menjadi tuan rumah, tetapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, hasrat tersebut tidak dapat dilaksanakan. Bagaimanapun beliau berjanji akan cuba bekerjasama dengan MUSLEH pada tahun hadapan untuk mengadakannya di tempat yang lebih besar dan suasananya mirip Parlimen Malaysia.
“Saya percaya selepas ini ramai daripada ahli parlimen perlu pencen kerana kita mempunyai pelapis yang cukup baik,” katanya berseloroh. “Perdebatan yang ditunjukkan oleh peserta sangat berkualiti walaupun mereka masih muda.
“Saya juga gembira melihat peningkatan penyertaan sekolah yang mengambil bahagian berbanding tahun lepas.
Pada kali ini, penyertaan yang turut melibatkan beberapa wakil Sekolah Berasrama Penuh (SBP) membuktikan sekolah kerajaan mengiktiraf program yang dianjurkan oleh MUSLEH. Malah daripada pengamatan saya, mereka (sekolah kerajaan dan swasta) setanding.”
Turut berucap pada majlis tersebut ialah pengerusi kejohanan, Prof Dr Noor Azlan Ahmad Zanzali (gambar kiri). Beliau menekankan betapa perlunya meletakkan diri di tempat dan keadaan yang betul dalam kehidupan ini. “Biarlah kita menjadi seperti biji benih yang mampu tumbuh subur walau tercampak di mana-mana sekalipun. Kalau kita menjadi emas atau berlian, ia tetap akan pudar jika terjatuh ke dalam lumpur,” katanya sambil mengharapkan kejohanan debat seperti ini akan dapat melengkapkan lagi aspirasi pendidikan MUSLEH untuk melahirkan insan holistik.
“Kualiti perdebatan kali ini juga amat memberangsangkan terutama dalam kategori bahasa Arab sehinggakan para juri terpegun dan sukar memilih pendebat terbaik.
“Saya amat berbesar hati dan mengalu-alukan kesediaan Datuk Zamani untuk bekerjasama dengan MUSLEH dan berharap akan mendapat sokongan yang lebih besar pada tahun hadapan. Saya juga mengharapkan kejohanan yang begitu positif ini dapat diadakan lebih meriah di tempat yang lebih besar sesuai dengan suasana parlimen sebenar,” katanya.
Kejohanan Debat Antarabangsa MUSLEH Ke-2 ini adalah anjuran bersama Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Musleh Berhad (Pusat Pendidikan SRI-SMI Bhd), UIAM dan International Center for Educational Excellence Bhd (ICEE) untuk pelajar-pelajar sekolah menengah. Ia berlangsung dari 8 hingga 11 Julai 2010 di Hotel Putra, Jalan Tun Razak di sini.
Labels:
Berita Musleh
Kejohanan Debat Antarabangsa Pelajar MUSLEH Kali Ke-2 Tahun 2010
Para Pendebat dari SMI Hidayah JB yang memenangi Kategori Bahasa Melayu
KUALA LUMPUR - 11 Julai 2010.
Tahun ini ternyata manis buat Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru (SMIHJB) apabila pasukan debatnya berjaya menggegar gelanggang akhir Kejohanan Debat Antarabangsa Pelajar MUSLEH Kali Ke-2 Tahun 2010 bagi setiap kategori yang dipertandingkan.
Meskipun sekadar menjadi naib juara dalam kategori Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris, dewan di tingkat empat Hotel Putra Kuala Lumpur gamat dengan sorakan apabila SMIHJB diumumkan pemenang perlawanan akhir kategori Bahasa Melayu.
Debat ala Parlimen dengan usul "Dewan ini percaya kita perlu berkeras dengan Israel" menyaksikan barisan lima juri diketuai Pembantu Pengarah di Jabatan Komunikasi dan Pengembangan Pengucapan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Amirul Zaidi Che Ros memberikan kemenangan 5-0 kepada SMIHJB. SMIHJB bertindak selaku pembangkang yang menolak usul berkenaan.
Terdahulu, dalam kategori Bahasa Arab, KISAS mengatasi pasukan SMIHJB A dengan perbezaan markah hanya 7.1 peratus. Usul bertajuk "Campur tangan ahli anggota ASEAN dalam hal ehwal dalaman ahli satu keperluan" turut menobatkan wakil KISAS, Nur Farhanah sebagai pendebat terbaik.
Bagi kategori Bahasa Inggeris pula, Sri Ayesha Islamic School (SAIC) Kajang membuktikan keunggulannya apabila menundukkan pencabarnya yang juga dari SMIHJB. Gelaran pendebat terbaik turut dimonopoli SAIC menerusi pesertanya, Nurkamalia.
Pendebat terbaik keseluruhan untuk kategori Bahasa Melayu jatuh kepada Husna Iskandar (SMI Al-Amin Bangi), manakala untuk kategori Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris masing-masing dirangkul oleh Anis Amirah Zakaria (KISAS) dan Adibah Bahiyah Awang (SMI Al-Amin Gombak).
"Debat memang menjadi niche atau fokus sekolah sejak 4-5 tahun lepas. Alhamdulillah, ia dimasukkan ke dalam perancangan strategik sekolah dan bolehlah saya katakan hasilnya mula kelihatan sekarang," ujar beliau apabila ditanya tentang rahsia kejayaan SMIHJB.
"Saya juga amat berbangga dengan kumpulan alumni pendebat sekolah yang begitu komited melatih serta mencurahkan pengalaman mereka sehingga melahirkan pendebat pelapis peringkat sekolah. Hasilnya, SMIHJB telah beberapa kali muncul johan dalam pertandingan yang disertai," tambahnya.
Beliau berharap arena debat dilihat sebagai unsur yang dapat membentuk sahsiah pelajar kerana ia bukan setakat melatih pelajar bercakap tetapi juga bersabar, gigih, tabah dan mengawal diri ketika berdebat. "Semua kualiti ini amat penting untuk du'at (pendakwah)," katanya.
Kejohanan tahun ini menunjukkan peningkatan memberangsangkan apabila disertai oleh beberapa buah sekolah berasrama penuh seperti KISAS, Maktab Melayu Kuala Kangsar dan Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya.
| | |
Kejohanan ini adalah anjuran bersama Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Musleh Berhad (Pusat Pendidikan SRI-SMI Bhd), UIAM dan International Center for Educational Excellence Bhd (ICEE) untuk pelajar-pelajar sekolah menengah dan berlangsung dari 8 hingga 11 Julai 2010 di Hotel Putra, Jalan Tun Razak di sini. Acara perasmian penutupannya telah disempurnakan oleh Setiausaha Dewan Negara, Datuk Zamani Sulaiman.
Seramai 158 orang pelajar dari dalam dan luar negara membabitkan 40 buah pasukan debat telah mendaftarkan diri untuk menyertai kejohanan berkenaan. Kejohanan kali ini turut dimeriahkan dengan penyertaan dua buah pasukan debat dari negara jiran, Indonesia. Penyertaan dalam negara pula terdiri daripada pelajar-pelajar jaringan sekolah menengah rangkaian Musleh (14 buah) dan sekolah swasta yang lain iaitu Sekolah Menengah Islam ADNI, Sri Ayesha Islamic School Kajang dan International Islamic School Kota Damansara.
Pendebat dari KISAS (Pendebat Terbaik BM sedang mengemukakan Usul)
Para Hakim Jemputan sedang khusyuk mendengar hujjah
Foto-foto oleh M Nasim
Pengarah LKD/Pengarah Kejohanan Debat 2010
Pengarah LKD/Pengarah Kejohanan Debat 2010
Labels:
Berita Musleh
Friday, July 2, 2010
KRS Musleh Memenangi pertandingan Perkhemahan Perdana KRS Malaysia Ke-10
2 Julai 2010, Kem Juaseh, Bahau NS
Alhamdulillah seramai 38 orang peserta Kadet Remaja Sekolah Musleh yang hadir dari pelbagai 14 buah sekolah menengah naungan Musleh mengikuti kali pertama Perkemahan Perdana KRS Malaysia Kali Ke-10 Anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia. Tuan Rumah kali ini adalah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan. Perkhemahan ini dihadiri dari seluruh kontigen KRS dari setiap negeri di Malaysia termasuk WP Labuan.
Alhamdulillah kami amat semua yang hadir amat berbangga dengan kemenagan 3 pertandingan berikut:-
a) Naib Johan Putera - Orienteering
b) Naib Johan Puteri - Orienteering
c) Naib Johan Puteri -Bantu Mula (First Aid)
Dari keseluruhan pencapaian pasukan. KRS Musleh dimaklumkan dari Ust Soleh, menduduki tempat ke-5 dari pasukan KRS Malaysia dari 14 buah negeri di Malaysia.
Pengarah LKD/Penasihat 1 KRS-Musleh
Labels:
Berita Musleh
Mukhayyam Tarbawi Hidayah Ipoh
2 Julai 2010,
Kem Murni, Gopeng, Ipoh.
Alhamdulillah saya dapat menghadiri program Mukhayyam Tarbawi Anjuran JK Tarbiyyah Sek Men Hidayah Ipoh di Kem Murni, Gopeng tak jauh dari Ipoh. Majlis dihadiri 100 orang pelajar T1, T2 dan T4 ikhwah dan akhawat. Malam pertama saya dijemput memberi pengisian dengan tajuk Tarbiyyah Dzatiah. Moga Allah SWT memberikan kita semua taufik dan hidayah dalam usaha membangun generasi bertaqwa. Majlis ini saya hadiri selepas saya dan pimpinan Musleh menghadiri Perkemahan Perdana KRS Malaysia di Kem Juaseh, Bahau NS jam 9 pagi dan tamat jam 12.30 tgh.

Wednesday, February 3, 2010
Konvensyen Tahunan Musleh '09 Dibatalkan
Assalamualaikum wmt wbth
InsyaAllah pihak Musleh akan menganjurkan satu Konvensyen Tahunan Musleh '09 yang terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tidak dielakkan.
InsyaAllah KTM 09 ini akan disatukan dengan KTM '10 yang akan diadakan pada 18 Disember 2010. Pihak kami memohon maaf kepada semua di atas keputusan ini.
KTM ini bertujuan memaparkan pencapaian Musleh dan jaringan sekolah-sekolah di bawahnya dalam pendidikan Islam di dalam dan luar negara. Ianya juga bagi merapatkan saf dan ukhuwwah Islamiah sesama warga Musleh.
Bagi maklumat lanjut sila lawati blog rasmi: http://konvensyentahunanmusleh.blogspot.com
Sehubungan dengan itu Saya Selaku Setiausaha Musleh yang diamanahkan sebagai Pengarah KTM'09 memerlukan sukarelawan LKD dari sekitar Lembah Kelang bagi membantu JK Pelaksana menjayakan agenda ini.
Setakat ini Pengarah LKD telah dibantu oleh Akh Abd Rashid dan Akh Amin dari lepasan Al-Amin Gombak salah seorang peserta LKD kita. Sepanjang program KTM ini kami memerlukan pembaca Al-Quran, MC, Penasyid, Bhg Pendaftaran, Penyambut tetamu dll.
Jika antum berminat membantu sila berikan nama kepada Abd Rashid di talian HP 0132647057 atau kepada Ustaz sendiri : 013 275 8565
Saya juga menjemput semua Peserta LKD samada yang ingin menjadi sukarelawan atau ingin menjadi peserta turut memeriahkan KTM 09 ini.
Sekian dulu, wassalamualaikum wmt.
Pengarah LKD

Subscribe to:
Posts (Atom)